Hari perlawanan Sukan SEA 2025 – Separuh Akhir, Bola Sepak Lelaki THAILAND vs MALAYSIA Isnin, 15 Disember 2025 – 9.00 malam (Waktu Malaysia). TVS akan menyiarkan secara langsung di https://www.tvsarawak.my/seagames2025/. Untuk jadual penuh perlawanan, layari portal rasmi SEA GAMES Thailand, www.seagames2025.org/
Perlawanan ini sangat penting buat Malaysia bagi menembusi sasaran ke pusingan akhir Sukan SEA Thailand 2025. Sama-sama kita beri sokongan!
Rujuk info lanjut dan siaran langsung (Live Streaming) di bawah.
Pengenalan Bola Sepak Sukan SEA 2025
Bola Sepak
Bola sepak merupakan antara sukan paling popular di dunia dan sentiasa menjadi acara yang paling dinanti-nantikan dalam temasya Sukan SEA.
Sukan ini telah menjadi sebahagian daripada kejohanan serantau sejak edisi sulung pada tahun 1959, ketika temasya ini dikenali sebagai Southeast Asian Peninsular Games, sekali gus menjadikannya salah satu daripada 12 disiplin sukan asal Sukan SEA.
Dalam edisi ke-33 Sukan SEA 2025 yang dianjurkan oleh Thailand, pertandingan bola sepak akan berlangsung di tiga wilayah utama iaitu Chiang Mai, Songkhla dan Bangkok.
Perlawanan akhir dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok, yang turut dipilih sebagai lokasi upacara penutupan Sukan SEA 2025. Kejohanan ini terus menjadi pentas penting buat negara-negara Asia Tenggara mempamerkan bakat muda dan kehebatan bola sepak masing-masing.
Futsal
Futsal merupakan sukan yang dibangunkan daripada bola sepak dengan beberapa pengubahsuaian, termasuk saiz padang dan peralatan yang lebih kecil serta bilangan pemain yang lebih sedikit.
Sukan ini kebiasaannya dimainkan di dalam dewan tertutup dan menekankan aspek kemahiran teknikal, kepantasan serta kawalan bola yang tinggi.
Futsal mula dipertandingkan secara rasmi dalam Sukan SEA pada tahun 2007 ketika Thailand menjadi tuan rumah, dan terus kekal sebagai salah satu acara penting sehingga edisi ke-33 Sukan SEA 2025.
Seiring dengan perkembangan pesat di peringkat global, futsal kini semakin mendapat perhatian dan sambutan, khususnya dalam kalangan peminat sukan Asia Tenggara.
Peraturan dan Undang-Undang Pertandingan
Bola Sepak
- Tempoh perlawanan ialah 90 minit, dibahagikan kepada dua babak 45 minit, dengan rehat 15 minit di antara babak.
- Kemenangan memberi 3 mata, seri 1 mata, dan kalah 0 mata.
- Pada peringkat kumpulan, jika mata sama, kedudukan ditentukan berdasarkan:
- Perbezaan jaringan (jumlah gol dijaringkan ditolak gol bolos)
- Keputusan pertemuan antara pasukan yang terikat mata
- Bermula dari peringkat separuh akhir, jika keputusan seri selepas 90 minit, masa tambahan 30 minit (15 minit setiap babak) akan dimainkan.
- Jika masih seri, pemenang ditentukan melalui sepakan penalti.
Futsal
- Setiap perlawanan berlangsung selama 40 minit, dibahagikan kepada dua babak 20 minit. Jam perlawanan akan dihentikan setiap kali permainan terhenti, seperti wisel pengadil atau bola keluar padang.
- Setiap pasukan dibenarkan satu masa rehat (timeout) bagi setiap babak selama 1 minit.
- Setiap pasukan boleh mendaftarkan 14 pemain:
- 5 pemain di gelanggang (termasuk 1 penjaga gol)
- 9 pemain simpanan
- Pertukaran pemain adalah tanpa had dan boleh dibuat pada bila-bila masa.
- Apabila bola keluar gelanggang, permainan disambung dengan sepakan masuk (kick-in), bukan lontaran seperti bola sepak biasa.
- Gol tidak boleh dijaringkan terus daripada sepakan masuk, tetapi boleh daripada sepakan penjuru.
- Futsal tiada peraturan ofsaid.
- Hanya penjaga gol dibenarkan menggunakan tangan, namun tidak boleh membaling bola terus ke gawang lawan tanpa menyentuh pemain lain. Jika berlaku, ia dikira kesalahan dan permainan diberikan kepada pasukan lawan.
- Pemain simpanan mesti memakai vest latihan (bib). Semasa pertukaran, vest tersebut perlu diserahkan kepada pemain yang masuk dan semua pertukaran mesti dilakukan di kawasan pertukaran pemain yang ditetapkan.
- Jika perlawanan berakhir seri, masa tambahan dimainkan selama dua babak 5 minit dengan rehat 1 minit.
- Jika masih seri, keputusan ditentukan melalui sepakan penalti.
- Jika sesebuah pasukan melakukan 6 kesalahan (foul), pasukan lawan akan diberikan sepakan penalti.
- Futsal mempunyai dua tanda penalti, yang digunakan bergantung kepada jenis kesalahan mengikut peraturan.
Acara Dipertandingkan
Bola Sepak dan Futsal Sukan SEA 2025 akan merangkumi 2 kategori iaitu:
- Bola Sepak Lelaki
- Bola Sepak Perempuan
- Futsal Lelaki
- Futsal Perempuan
Senarai Kumpulan Bola Sepak Sukan SEA 2025
Acara bola sepak di Sukan SEA 2025 Thailand melibatkan kategori berikut:
- Bola Sepak Wanita (Women’s Tournament)
- Bola Sepak Lelaki (Men’s Tournament)
Berdasarkan keputusan undian yang telah diadakan pada Oktober 2025, berikut adalah senarai kumpulan rasmi untuk acara Bola Sepak Lelaki B-23 dan Bola Sepak Wanita di Sukan SEA 2025 di Thailand:
Bola Sepak Lelaki
| Kumpulan | Negara Yang Bertanding | Status Kumpulan |
| Kumpulan A | Thailand (Tuan Rumah), Timor Leste | ⚠️ Hanya 2 pasukan selepas Kemboja tarik diri. |
| Kumpulan B | Vietnam, Malaysia, Laos | 3 pasukan yang bersaing. |
| Kumpulan C | Indonesia (Juara Bertahan), Myanmar, Filipina, Singapura | Satu-satunya kumpulan dengan 4 pasukan. |
Kelayakan ke Separuh Akhir: Hanya Juara Kumpulan (3) dan Naib Juara Terbaik (1) dari keseluruhan kumpulan yang akan layak ke peringkat seterusnya.

Bola Sepak Wanita
| Kumpulan | Negara Yang Bertanding |
| Kumpulan A | Thailand (Tuan Rumah), Kamboja, Singapura, Indonesia |
| Kumpulan B | Vietnam (Juara Bertahan), Myanmar, Filipina, Malaysia |
Jadual Sukan SEA 2025
Berikut ialah jadual perlawanan bola sepak dan futsal Sukan SEA 2025 untuk pasukan Malaysia:
- Bola Sepak Lelaki B-23 (3-18 Disember)
- Bola Sepak Wanita (4-17 Disember)
- Futsal Wanita (12-18 Disember)
- Futsal Lelaki (15-19 Disember)




Keputusan Perlawanan
BOLA SEPAK
Skuad bola sepak bawah 23 (B-23) tahun negara tewas 0-1 kepada Thailand pada perlawanan separuh akhir Bola Sepak Sukan Sea 2025 di Stadium Rajamangala, Bangkok, malam tadi.

PERLAWANAN SEPARUH AKHIR MALAYSIA VS THAILAND
FUTSAL
Pada perlawanan pusingan awal Futsal Lelaki Sukan SEA 2025 pada 15 Disember 2025, Malaysia tewas 7-1 kepada Thailand.
Gol Thailand dijaringkan oleh Worasak Srirangpirot (1’), Chaowala Sriarwut (7’), Muhammad Osamanmusa (8’, 20’, 36’), Atippong Munphlai (37’) dan Ronnachai Jungwongsuk (38’), manakala gol tunggal Malaysia disumbangkan oleh Awaluddin Mat Nawi pada minit ke-12.


PUSINGAN AWAL MALAYSIA VS THAILAND
Siaran Lansung (LIVE STREAMING) Bola Sepak Sukan Sea 2025
Siaran langsung perlawanan ini boleh diikuti melalui platform penstriman Astro Go atau Sooka. TVS juga menyiarkan secara langsung di https://www.tvsarawak.my/seagames2025/
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat terkini, sila rujuk media sosial rasmi FAM dan https://stadiumastro.com/
Soalan Lazim Bola Sepak Sukan SEA 2025
1. Bilakah Bola Sepak Sukan SEA 2025 berlangsung?Peringkat Kumpulan Bola Sepak Lelaki bermula pada 3 Disember 2025, manakala perlawanan akhir dijadualkan pada 17 Disember 2025.
2. Di manakah perlawanan bola sepak diadakan?Perlawanan utama diadakan di Thailand, dengan venue utama seperti Stadium Rajamangala di Bangkok, Stadium 700th Anniversary di Chiang Mai, dan venue di Chonburi (terutamanya untuk wanita).
3. Berapa banyak pingat emas yang dipertandingkan?Dua (2) pingat emas: satu untuk acara Bola Sepak Lelaki, dan satu untuk acara Bola Sepak Wanita.
4.Siapa lawan Malaysia di peringkat kumpulan?Malaysia berada dalam Kumpulan B dan akan bertemu Laos dan Vietnam di peringkat kumpulan.
5. Siapa yang layak ke separuh akhir?Hanya juara kumpulan dan satu pasukan naib juara terbaik dari semua kumpulan akan mara ke separuh akhir.
6. Apakah sasaran Malaysia?Malaysia menetapkan sasaran sekurang-kurangnya mara ke separuh akhir, dengan harapan untuk menamatkan kemarau pingat emas yang terakhir dimenangi pada 2011.
7. Di manakah boleh menonton siaran langsung Bola Sepak Malaysia VS Thailand Sukan SEA 2025?TVS akan menyiarkan secara langsung Sukan SEA di https://www.tvsarawak.my/seagames2025/. Siaran langsung perlawanan juga boleh diikuti melalui platform seperti Astro Go, Sooka, dan Astro Arena.
Baca juga:
