‘Boleh anjur konsert tapi jangan berlebihan, artis perlu bekerja’ – M Nasir

Music
30 Dec 2023 • 9:24 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Dalam suasana yang membara, netizen menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap golongan artis yang menganjurkan konsert di kala rakyat Palestin berhadapan dengan serangan Israel.

Bagi netizen, tindakan artis menganjurkan konsert pada waktu ini seolah-olah menunjukkan ketidakpekaan mereka terhadap situasi semasa.

Bagaimanapun, Datuk M Nasir dalam temubual dengan Berita Harian, memberikan pandangan berbeza. Menurutnya, artis masih boleh menganjurkan konsert, tetapi usahlah secara berlebihan.

Konsert masih boleh diadakan kerana orang memerlukan hiburan, tetapi lakukanlah dengan sederhana. Orang masih perlu berhibur. Adakah kita mahu semua orang berkabung di rumah sahaja?

“Semua orang perlu bekerja, bukan hanya artis. Hiburan mempunyai batasnya dan jangan melampau,” katanya, merujuk kepada laporan Berita Harian.

M Nasir menambah, sebagai penghibur, tugas mereka adalah untuk menghiburkan orang ramai.

“Selain dari menghiburkan orang, mereka juga perlu sedar dan prihatin dengan apa yang berlaku di sekeliling. Konsert masih boleh diadakan kerana orang memerlukan hiburan, tetapi lakukanlah dengan sederhana,” ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved