
Pelakon Azlan Komeng berpotensi lumpuh sekiranya kecederaan teruk dialami pada kaki kiri ini tidak dijaga dengan betul.
Doktor menasihatkan aktor berkenaan supaya tidak banyak bergerak dan menjaga kecederaan dengan baik dalam tempoh sebulan ini.
Azlan Komeng dan isteri enggan terima sumbangan

Disebabkan itu, Azlan dan isteri, Nur Nilam berniaga kecil-kecilan menjual sos hijau Thailand untuk kelangsungan hidup.
ramai yang tanya kami tak buka tabung sumbangan ke?kami tak ada buka tabung sumbangan dik,insayallah allah akan cukupkan keperluan kami, allah hadirkan orang-orang baik untuk support sos akak,alhamdulilah,siapa yang nak try boleh tekan beg kuning maaf ye tak bukak untuk COD, kami tak mampu berhadapan dengan Joy buyer sekarang, semoga allah merahmati kalian yang support sos akak, janji PADU, ALLAH BAGI SEDAP
Pasangan ini menolak tabung sumbangan kerana masih berkemampuan untuk bekerja meskipun kecil-kecilan.
“Allah hadirkan orang-orang baik untuk sokongan jualan sos kami. Saya dan Azlan tak nak buka tabung bantuan, insya-Allah kami berniaga sos hijau Thai. Hasil daripada jualan boleh beli pampers, susu dan barang keperluan lain. Saya tidak mampu nak buat banyak pack, saya masih belum larat. Kami jual 500 paket sahaja dulu, RM18.90 sahaja.” – isteri Azlan Komeng
Terdahulu, pasangan ini terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kuala Lipis Pahang ketika dalam perjalanan ke tapak karnival jualan.
Kemalangan menyebabkan aktor itu mengalami kecederaan parah iaitu patah tangan kanan, kedua-dua kaki dan pinggul.
#OhmediaNasihat
Walaupun berdepan dengan musibah, Azlan dan isteri tetap berusaha mencari rezeki dengan cara yang halal dan berdikari.
Pengajaran di sini, sentiasalah berusaha dan bersyukur dengan setiap rezeki yang dikurniakan, kerana Allah pasti akan mencukupkan keperluan kita apabila kita ikhlas dalam usaha.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok @puan_nilamortiz

