Boleh berhutang, Akmal Saleh minta penduduk utamakan kesihatan, pelawa datang ke kliniknya

LocalPolitics
28 Dec 2024 • 3:54 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh minta penduduk di dalam kawasannya dan sekitar yang menghadapi masalah kesihatan supaya datang ke kliniknya untuk mendapatkan rawatan meskipun mempunyai masalah kewangan.

Menzahirkan rasa simpati, Ketua Pemuda UMNO itu berkata, beliau tidak mahu hanya disebabkan kekangan kewangan, mereka tidak mendapatkan rawatan yang akhirnya memudaratkan diri sendiri.

“Kepada semua warga DUN Merlimau dan sekitarnya, jangan disebabkan kekangan kewangan, anda biarkan masalah kesihatan semakin teruk.
“Sekali lagi saya nak maklumkan, untuk klinik Dr. Akmal Salleh, kalau tiada duit, boleh hutang pun tak mengapa.
“Kalau segan nak berhutang, maklum pada saya. Saya bagi percuma pun boleh,”tulisnya di laman Facebook.

image is not available

Dr Muhamad Akmal turut memuat naik sekeping gambar dan perbualannya dengan seseorang yang mahu mendapatkan rawatan di kliniknya namun, tidak cukup wang untuk membayar kos rawatan.

Menurut individu itu, dia mengalami masalah apabila kedua-dua belah tangannya tidak boleh diangkat hingga menyebabkan dia mengalami kesakitan.

image is not available

Individu itu meminta untuk mendapatkan rawatan di kliniknya, namun tidak punya wang dan hanya akan menerima gaji pada 30 haribulan.

Menerusi perbualan itu, beliau mengalu-alukan kedatangan individu yang bekerja sebagai pemandu lori itu ke kliniknya untuk mendapatkan rawatan.

Akmal Saleh minta penduduk utamakan kesihatan

Mengulas lanjut, beliau berkata, langkah itu bertujuan untuk membantu penduduk DUN Merlimau dan sekitarnya mendapatkan perkhidmatan kesihatan serta berkongsi rezeki.

“Kerana saya pernah berada di dalam keadaan anda semasa dahulu dan kini beri saya peluang untuk berkongsi rezeki dan kasih sayang Bersama.
“Yang penting kesihatan anda terjaga, anak kampung untuk orang kampung,” katanya lagi.

Sumber: FB Akmal Saleh