Boleh Cabut Macam “Mask Peel Off”, Ramai Persoal Kualiti Jalan Tar Ini

18 Jul 2025 • 4:49 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Boleh Cabut Macam “Mask Peel Off”, Ramai Persoal Kualiti Jalan Tar Ini

Sebuah video yang menunjukkan lapisan jalan berturap yang mudah dicabut hanya dengan menggunakan jari tular di media sosial.

Memetik laporan Jawa Pos, video tersebut memaparkan seorang penduduk dilihat mencabut permukaan jalan yang baru diturap itu seolah-olah seperti sedang menanggalkan masker muka.

Tanpa memerlukan sebarang jentera berat dan hanya dengan menggunakan jari, lapisan tar itu dapat dikupas dengan mudah.

Susulan itu, ia telah mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial di sana yang mempertikaikan kualiti jalan tar tersebut.

Lokasi sebenar video terbabit masih belum diketahui, namun dari latar kediaman dan suasana sekeliling, ia kelihatan berada di kawasan perumahan di Indonesia, lapor Jawa Pos.

“Cuba angkat, saya akan rakam. Ia melekit, ini tar atau masker,” kata seorang penduduk dalam rakaman itu.

https://www.instagram.com/p/DMNGN09zRdP/?img_index=1

Jawa Pos melaporkan fenomena jalan rosak dan pembangunan infrastruktur yang tidak berkualiti bukanlah perkara baharu di Indonesia. Ramai penduduk yang tidak lagi terkejut melihat projek jalan raya baharu yang cepat rosak dalam masa beberapa minggu sahaja.

Ia seolah-olah kerja yang dilakukan sambil lewa tanpa memberi perhatian kepada tahap kualiti.

Beberapa pengguna media sosial turut cuba menganalisis punca, dengan menyatakan bahawa tar boleh terkopek seperti itu disebabkan kesilapan dalam prosedur kerja. Antaranya, penyediaan permukaan yang tidak betul, penggunaan bahan yang tidak berkualiti dan proses turapan yang tidak mematuhi peraturan.

Malah, ada yang mendakwa mungkin juga wujud unsur rasuah.

Sehingga kini, belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada Kementerian Kerja Raya atau Agensi Kerja Raya Wilayah yang mengendalikan projek tersebut.

Orang ramai masih menunggu penjelasan berhubung kejadian ini, di samping mengharapkan usaha serius untuk meningkatkan kualiti infrastruktur yang benar-benar memberi manfaat.

Sumber: Jawa Pos

View Original Article