Boleh Dihukum Penjara, Ini 4 Perkataan Yang Dilarang Sebut Ketika Menaiki Pesawat

23 Aug 2023 • 6:20 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Boleh Dihukum Penjara, Ini 4 Perkataan Yang Dilarang Sebut Ketika Menaiki Pesawat

Baru-baru ini pesawat Malaysia Airlines MH122 terpaksa berpatah balik selepas digemparkan dengan ancaman bom semasa dalam penerbangan dari Australia ke Malaysia.

Lelaki berusia 45 tahun itu dikatakan mengancam untuk meletupkan pesawat tersebut dan menyebabkan tindakan pantas berpatah balik terpaksa dilakukan.

Lelaki itu kemudiannya ditahan oleh pihak berkuasa dan disiasat dengan tegas oleh pasukan keselamatan.

Namun begitu, apa sebab lelaki tersebut ditahan dan apa hukuman yang boleh dikenakan ke atasnya?

Justeru, penulisan pada hari ini akan berkongsikan sebab yang boleh menyebabkan anda ditahan serta merta semasa berada di dalam pesawat.

Kalau anda berhasrat untuk pergi ke luar negara dalam masa terdekat ini, sila jaga tutur kata anda semasa di dalam sesebuah pesawat.

Ini kerana, semasa di dalam pesawat terdapat beberapa perkataan yang dilarang sama sekali untuk disebut walaupun hanya bertujuan untuk bergurau.

Seorang lelaki yang dipercayai bekerja sebagai juruterbang ada berkongsikan sebuah video berkenaan perkataan yang dilarang sebut semasa ketika berada dalam pesawat.

image is not available
Kredit TikTok

Perkongsian tersebut telah dikongsi oleh beliau di TikTok dengan menggunakan nama @abangcaptain.

Menurut lelaki itu, empat perkataan yang dilarang sama sekali untuk disebut semasa dalam penerbangan adalah bom, pistol, pengganas dan ‘hijack’.

4 perkataan pantang larang untuk disebut

Kesemua perkataan itu dikatakan sebagai pantang larang atau ‘taboo’ untuk disebut semasa dalam penerbangan. Walau dengan bergurau sekalipun, mereka yang menyebut perkataan itu boleh dikenakan tindakan undang-undang.

image is not available
Kredit TikTok

“Perkataan-perkataan seperti bom, terrorist, pistol, hijack dan sewaktu dengannya atau sama maksud dengannya. Benda ni serius dan bukan main-main,” terang lelaki tersebut.

Tambahnya, mereka yang menyebut perkataan-perkataan tersebut dengan serta-merta akan diambil tindakan oleh anak kapal yang bertugas. Suspek akan diasingkan daripada penumpang lain ke satu ruangan yang berasingan sehingga pesawat berjaya mendarat.

Memetik Astro Awani, kesalahan seperti itu berada di bawah Peraturan 8(1) Peraturan-Peraturan PBB (Langkah-Langkah Anti-Keganasan).

Di mana ia merupakan kesalahan bagi seseorang untuk membuat dakwaan palsu mengenai tindakan pengganas, sama ada telah, sedang atau akan dijalankan.

Penumpang yang melakukan kesalahan ini boleh didenda tidak melebihi USD500,000 (RM2.3 juta) atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun.

Sumber: TikTok/@abangcaptain, Astro Awani