Boleh ke ambil buah dari dahan pokok jiran yang masuk rumah kita?

24 Jun 2022 • 3:24 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

Pernahkah anda berada dalam situasi di mana anda ternampak dahan pokok yang berbuah milik orang lain menjalar masuk ke kawasan rumah kita, lalu anda pun tertanya-tanya apakah hukum mengambil buah tersebut yang bukan milik kita.

Menurut penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum perbuatan tersebut adalah haram, kerana ia merupakan hak milik orang lain.

“Namun ada pengecualian sekiranya keizinan telah diperoleh daripada tuannya, atau kita yakin bahawa pemiliknya akan reda dan mengizinkan kita mengambilnya.

Mereka mengukuhkan lagi pencerahan tersebut dengan memberitahu bahawa ia termasuk dalam kategori memakan harta orang lain secara batil yang telah diharamkan oleh Allah SWT seperti dalam firman-Nya:

وَلاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ

Maksudnya: Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) sesama kamu dengan jalan yang batil.

Surah al-Baqarah (188)

Maksudnya, jika seseorang itu mempunyai sebatang pokok yang dahannya menjalar hingga mengena pokok orang lain, buah yang ada pada pokok yang menjalar itu tetap menjadi hak pemiliknya, meskipun ia mengena pokok orang lain.

“Akan tetapi berasaskan kepada sifat warak, adalah disyorkan agar kita tidak mengambil dan memakannya kecuali keizinan telah diberikan oleh pemiliknya secara langsung dan jelas. Hal ini bagi menjaga diri daripada memakan harta yang tidak halal dan menjaga kerukunan hidup berjiran,” menurutnya.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved