Boleh Ke Bagi Haiwan Peliharaan Makan Daging Korban? Ini Penjelasannya [Video]

28 May 2026 • 1:19 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Boleh Ke Bagi Haiwan Peliharaan Makan Daging Korban? Ini Penjelasannya [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tengah musim Hari Raya Aidiladha ini, pasti ramai yang mendapat daging hasil dari pemberian mereka yang menjalani ibadah korban.

Kadangkala, daging yang diterima agak berlebihan sehingga tak terhabis dimakan. Malah ada yang berniat mahu memberikan sebahagian daging korban termasuklah lembu dan kambing kepada haiwan antaranya seperti haiwan peliharaan.

Persoalannya, adakah daging korban itu boleh diberi kepada haiwan lain seperti haiwan peliharaan?

Tak Jadi Kesalahan Beri Lebihan Daging Korban Kepada Haiwan

Menurut laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, daging korban seharusnya dimanfaat oleh manusia dan bukannya haiwan.

Ia berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah al-Hajj:

لِّيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ ۖ فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ

“Maksudnya: ‘Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin,” jelas mereka.

Namun laman itu menjelaskan, adalah tidak menjadi kesalahan sekiranya sebahagian daging korban diberi kepada haiwan peliharaan kerana ia termasuk dalam ruang tasarruf.

Apatah lagi jika seseorang itu telah memanfaatkan sepenuhnya bahagian korban seperti daging, tulang dan kulit namun masih mempunyai lebihan.

Keadaan sebegini membolehkan daging korban itu diberi makan kepada haiwan lain daripada dibuang begitu sahaja.

Tak Boleh Agihkan Daging Korban Untuk Haiwan

Perkara sama turut dijelaskan oleh penceramah dan pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus dalam sedutan video di TikTok.

“Kalau yang lebih, tiada orang nak makan, tiada masalah. Cuma jangan daging korban diberi sebahagian kepada kucing, sebahagian kepada orang miskin. Itu tidak betul.

“Kerana tujuan daging korban, kamu beri makan kepada orang susah, maksudnya di sini, fakir miskin,” jelasnya.

@orekampongempire

BERI MAKAN DAGING KORBAN PADA HAIWAN PELIHARAAN #hukumislam #ustazazharidrus #korban #qurban #ilmuagama #fyp

♬ bunyi asal – PAKDEAIN – Pakdeain

Beri Makanan Kepada Haiwan Adalah Satu Bentuk Ihsan & Dapat Pahala

Terang laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan lagi, memberi makanan kepada haiwan adalah satu bentuk ihsan kepada makhluk Allah dan mendapat pahala.

“Daripada Syaddad bin Aus bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ اللهَ كَتَبَ الْإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ

“Maksudnya: ‘Sesungguhnya Allah mewajibkan perlakuan ihsan dalam semua perkara. Hadis riwayat Muslim (1955).

“Rasulullah SAW pernah bercerita tentang seorang lelaki yang memberi minum anjing yang kehausan menggunakan sarung kakinya lalu Allah meredainya dan mengampuninya.

“Lalu para sahabat bertanya, ‘Wahai Rasulullah, adakah bagi kami pahala jika (kami memberi makan dan minum) kepada haiwan ternakan?”

فِي كُلِّ كَبِدٍ رَطْبَةٍ أَجْرٌ

“Maksudnya: ‘Dalam setiap hati yang basah terdapat pahala padanya. Hadis riwayat al-Bukhari (2363).

“Maksudnya sikap belas kasihan dan berbuat baik kepada makhluk adalah berpahala. Bahkan, Islam mencela orang yang tidak memberi makan kepada bintang peliharaannya,” terang laman itu.

Jelas laman berkenaan sekali, perbuatan memberi makan bahagian korban kepada haiwan peliharaan serta haiwan jalanan yang tidak terurus makan minum bukanlah satu perkara yang haram dan berdosa.

Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Perlu Tunggu 7 Jam Sebelum Nak Masak Daging Korban? Ini Penjelasan Ustaz Syamsul Debat [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Berhutang Untuk Buat Ibadah korban? Ini Penjelasannya