![Image from: Boleh Ke Berhenti Solat Untuk Bantu Jemaah Lain Dalam Kesusahan? Ini Penjelasannya [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/Boleh-ke-batalkan-solat-untuk-kecemasan-800x467.jpg)
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini tular satu video memaparkan seorang jemaah yang meninggal dunia sewaktu sedang menunaikan solat subuh. Ketika situasi tersebut berlaku kelihatan beberapa jemaah yang membatalkan solat untuk membantu allahyarham yang rebah ketika sujud.
Persoalannya bolehkah sebenarnya kita membatalkan solat untuk membantu jemaah lain yang dalam keadaan kecemasan atau memerlukan.
Baru-baru ini pendakwah bebas, PU Salman ada menerangkan mengenai tindakan membatalkan solat untuk membantu jemaah yang dalam kesusahan atau kecemasan.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Kematian Yang Dicemburui, Pesara Tentera Meninggal Dunia Ketika Sujud Solat Subuh Berjemaah
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Batal Solat Jika Telan Kahak Yang Telah Sampai Ke Pangkal Lidah Atau Puncak Tekak – Dr Zulkifli Al Bakri
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Berdehem Boleh Batalkan Solat? Ini Penjelasan Ustaz Jafri [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Batal Ke Solat Kalau Menguap, Batuk & Bersin Ketika Baca Al-Fatihah? Ini Penjelasan UAI
Hukum berhenti solat fardu adalah haram
Menurut PU Salman, hukum asal berhenti solat fardu adalah haram. Namun sekiranya solat sunat, seseorang itu boleh membatalkan solatnya.
“Jadi kalau dalam keadaan kecemasan tersebut, boleh ke? Kata Imam Iz Abd Salam, boleh. Menyelamatkan orang yang tengah lemas, lebih baik daripada kita solat ataupun teruskan solat. Jadi inilah hidup atau mati (keadaan).
“Jadi kita kena bantu, tapi kalau isu-isu pasal tak selesa, nak terkencing, nak terberak, ulama khilaf. Ibnu Hajar tak bagi. Kalau nak buang air kecil atau besar dalam solat tak boleh.
“Tapi ada ulama bagi, sebahagiannya mengharuskan kerana alasan mengganggu khusyuk. Contoh yang sakit perut, contohnya orang yang sebelah berbau busuk,” katanya.
Jika ada kecemasan boleh berhenti dan tolong
Menurut beliau lagi, bagi kes kecemasan seseorang itu perlu segera berhenti dan tolong orang yang dalam kecemasan.
Jelas beliau lagi, kita mendahulukan maslahat (masalah) yang lebih penting. Jadi kita boleh berhenti solat dan kemudian menyambung semula solat berkenaan.
Hanya boleh batalkan solat untuk hal kecemasan untuk selamatkan nyawa yang dalam bahaya
Laman Sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut menjelaskan sekiranya seseorang tersebut mendirikan solat fardu, maka tidak boleh untuknya membatalkan solat kecuali terdapat hal kecemasan dan darurat seperti menyelamatkan nyawa yang berada di dalam bahaya atau harta benda yang berharga.
Perkara itu dijelaskan selepas ada yang bertanya adakah diharuskan membatalkan solat disebabkan oleh ingin menjawab panggilan telefon berkaitan urusan penting.
Ujarnya lagi, dalam hal tersebut sekiranya panggilan telefon yang diterima tersebut dirasakan merupakan sesuatu kecemasan dan darurat, maka dibolehkan untuk membatalkan solat untuk menjawabnya.
“Walau bagaimanapun, jika sekiranya seseorang mendirikan solat sunat, maka boleh untuk dia menghentikan solatnya untuk perkara-perkara yang penting. Namun, adalah sebaik-baiknya dia menyempurnakan solat tersebut terlebih dahulu sebelum dia melakukan pekerjaan penting tersebut supaya supaya dapat menjaga kehormatan solat dan tidak mempermain-mainkan ibadah.
“Semoga Allah SWT memberikan kefahaman kepada kita terhadap agama-Nya serta memberikan kita hidayah untuk beramal dengan syari’atnya dengan sebaiknya.”
