Boleh Ke Guna ChatGPT Sebagai Rujukan Agama Dan Apakah Hukum Menggunakan AI Dalam Islam?

8 May 2023 • 5:13 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Boleh Ke Guna ChatGPT Sebagai Rujukan Agama?

Terdahulu, satu lagi teknologi yang disebut sebagai ChatGPT menjadi bualan ramai apabila segelintir daripada mereka menggunakannya untuk mendapatkan jawapan kepada beberapa persoalan.

ChatGPT merupakan ‘chatbot’ yang dibangunkan oleh syarikat OpenAI dan dilancarkan pada November 2022.

Dalam Islam, boleh ke menggunakan ChatGPT ini untuk mendapat maklumat tentang sebarang hukum-hakam berkaitan agama?

image is not available

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Al-Bakri tampil menjelaskan bahawa ChatGPT kurang sesuai untuk digunakan sebagai rujukan dalam bidang agama Islam.

ChatGPT Kurang Sesuai Jadi Rujukan Bidang Agama Islam, Kata Dr Zulkifli

Hal ini kerana ChatGPT tiada kemampuan menilai isu-isu yang disoal, mentarjih setiap pandangan, dan menyampaikan jawapan yang sesuai dengan soalan.

Seiring dengan perkembangan teknologi, segala maklumat yang diinginkan semakin mudah diperolehi dan hanya terletak di hujung jari sahaja.

Namun, persoalan yang sering diajukan segelintir individu adakah teknologi seperti ‘search engine’ dan ‘chatbot’ ini mampu memberi jawapan yang tepat dan sahih?

Dan bagaimana pula dalam bidang ilmu agama Islam, adakah ia boleh dijadikan panduan buat golongan Muslim?

Susulan itu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Al-Bakri menyuarakan pendapatnya selepas ditanya mengenai sebuah chatbot yang dikenali sebagai ChatGPT.

ChatGPT kurang sesuai jadi rujukan bidang agama Islam

image is not available

Menerusi hantaran di laman Twitter rasminya, Dr. Zulkifli berkata, berdasarkan penelitian beliau ChatGPT kurang sesuai untuk dijadikan rujukan dalam bidang agama Islam.

“Berdasarkan penelitian, saya dapati buat masa ini, ia adalah sistem Kecerdasan Buatan (AI) yang amat baik dan luar biasa namun kurang sesuai sebagai rujukan dalam bidang agama Islam,” katanya.

Tiada kemampuan untuk menilai isu disoal dan mentarjih setiap pandangan

image is not available

Menurutnya, hal ini kerana elemen utama yang tiada dalam sistem Kecerdasan Buatan (AI) itu adalah kemampuan menilai isu-isu yang disoal, mentarjih setiap pandangan, dan menyampaikan jawapan yang sesuai dengan soalan yang ditanya.

UAI Perjelas Hukum Guna Teknologi Artificial Intelligence (AI) Dalam Islam. Boleh Ke?

image is not available

Menerusi video yang dimuat naik di laman YouTube Ustaz Azhar Idrus Official, beliau menjelaskan bahawa penghasilan gambar menggunakan teknologi AI adalah berbeza-beza mengikut situasi.

Hukumnya dibolehkan sekiranya:

  • Lukisan manusia dibuat untuk tujuan baik seperti mempromosikan perniagaan baju kurta dan sebagainya.
  • Wajah seseorang tokoh dilukis semula bagi memperingati kebaikan dan jasa mereka.

Tetapi, hukum penggunaan AI boleh diharamkan sekiranya situasi berikut pula berlaku:

  • Menggunakan gambar tersebut untuk tujuan maksiat.
  • Menjadikan wajah individu yang sudah meninggal dunia dalam keadaan hina sehingga membuatkan ahli keluarga mereka berasa sedih.
  • Menimbulkan fitnah dan menyebarkan aib.

Secara kesimpulannya, penghasilan gambar menggunakan teknologi AI ini adalah dibolehkan jika ia digunakan untuk tujuan kebaikan seperti pembelajaran.

Namun, hukumnya haram sekiranya digunakan untuk tujuan sekadar suka-suka sahaja.