Boleh Ke Guna Duit Khairat Kematian Untuk Perbelanjaan Harian Waris? Ini Penjelasannya

LocalPersonal Finance
18 Dec 2025 • 3:33 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Selepas pemergian seseorang terutamanya ahli keluarga sendiri, terdapat banyak urusan yang perlu diselesaikan oleh waris. Ini termasuk pengurusan jenazah, pengurusan sijil kematian, penyelesaian hutang si mati, pembahagian harta pusaka dan sebagainya.

Namun tidak semua berpengalaman menguruskan perihal kematian ahli keluarga sehingga ada yang keliru tentang beberapa perkara termasuk kos pengebumian dan juga skim khairat kematian (SKK). Sebelum itu apa sebenarnya khairat kematian ini?

Wang khairat kematian diberikan untuk urusan kematian dan meringankan beban ahli keluarga si mati. Sumbangan ini diberikan oleh ahli kariah masjid, skim kerajaan, agensi, skim perbankan dan sebagainya.

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Kongsi Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Ada Jenazah Baru Meninggal Dunia

Baca Artikel Berkaitan: Apa Prosedur Perlu Buat Selepas Ibu Bapa Meninggal Dunia? Wanita Ini Beri Tunjuk Ajar

Cara Pengurusan Duit Khairat Kematian Yang Diterima Oleh Waris

Bagaimanapun ada segelintir waris arwah yang tidak tahu cara penggunaan sebenar bagi sumbangan tersebut.

Sebelum ini, pendakwah bebas terkenal Ustaz Azhar Idrus (UAI) menerusi satu sesi tazkirah ada mengulas tentang isu terbabit.

Soalan: Boleh ke duit khairat kematian digunakan untuk perbelanjaan harian waris si mati?

Menerusi video perkongsian di laman YouTube, UAI menjelaskan bahawa duit khairat kematian perlulah digunakan untuk pengurusan kematian arwah. Jika terdapat duit lebihan, ia harus digunapakai untuk urusan kebajikan si mati berkenaan.

Sekiranya kesemua urusan si mati sudah selesai dan duit itu tidak lagi diperlukan, maka ahli keluarga yang ditinggalkan arwah berhak dan boleh menerima duit-duit tersebut untuk perbelanjaan mereka.

image is not available
Sumber: Canva

“Dia (khairat kematian) bukan faraid kerana ia diberi kemudian (selepas kematian). Faraid ini yang dimiliki oleh si mati sebelum meninggal dunia.

“Contohnya dia sakit seminggu, lepas tu orang pergi tengok dia, (pelawat) nak balik bagi RM10, bagi RM10 lagi dan dalam seminggu dapat kumpul sampai RM1,000. Lepas tu mati.

“Masa sakit dapat RM1,000. Bila meninggal dunia orang ni bagi sedekah pula RM2,000. Maka RM1,000 adalah faraid manakala RM2,000 tadi adalah tidak. RM2,000 tu lepas dia mati dah dan diberi kepada siapa yang ditinggalkan di dalam rumah,” ulas beliau.

Baca Artikel Berkaitan: “Rumah Tetap Ada Hak Balu”- Peguam Syarie Minta Ali Puteh Faham & Permudahkan Pengurusan Faraid

Khairat Kematian Dikategori Sebagai Sedekah Bukan Harta Pusaka

Memetik Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pula, khairat kematian atau sumbangan kepada keluarga si mati boleh dikategorikan sebagai sedekah atau tabarruk kepada keluarga si mati dan tidak termasuk dalam kategori harta pusaka.

Dalam isu sedekah atau tabarruk, penerima sedekah hendaklah menggunakan wang yang diberi dengan mengikut tujuan atau niat si pemberi. Jika pemberi tidak memaklumkan tujuan mereka, maka penerima boleh menggunakan wang tersebut mengikut kehendaknya.

Syeikh Jamal dalam hasyiahnya ada menyebut:

وَلَوْ دَفَعَ لَهُ تَمْرًا لِيُفْطِرَ عَلَيْهِ تَعَيَّنَ لَهُ عَلَى مَا يَظْهَرُ فَلَا يَجُوزُ اسْتِعْمَالُهُ فِي غَيْرِهِ نَظَرًا لِغَرَضِ الدَّافِعِ

Maksudnya: “Sekiranya si pemberi memberikan kepadanya buah tamar untuk berbuka puasa dan pemberi menjelaskan tujuan pemberiannya, maka si penerima tidak harus menggunakannya pada tujuan yang lain. Perkara ini kerana melihat kepada tujuan pemberi.”

Baca Artikel Berkaitan: Tak Tahu Kaedah Pembahagian Harta Pusaka Dalam Islam? Ini Perkongsiannya

Waris Perlu Utamakan Perbelanjaan Makan & Minum Jika Guna Sumbangan Khairat Kematian

Justeru sekiranya sudah selesai urusan pengebumian atau melangsaikan hutang si mati (jika ada), lebihan wang sumbangan boleh digunakan oleh ahli keluarga si mati dan tidak dikhususkan oleh mana-mana individu bagi meringankan urusan mengikut keperluan utama, seperti makan dan minum atau apa sahaja keperluan mereka.

Baca Artikel Berkaitan: Kalau Orang Bujang Meninggal Siapa Yang Berhak Dapat Hartanya? Ini Yang Korang Patut Tahu

View Original Article