“Boleh Kena Penyakit Jantung, Kanser..” – PHM Dedah Risiko Pakai Minyak Masak Lebih 3 Kali

Health & Fitness
5 Jul 2022 • 3:28 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, ramai pengguna yang terkejut dengan harga baharu bagi minyak masak berbotol di pasaran yang mengalami kenaikan mendadak daripada RM29.70 kepada RM42.50 sebotol.

Susulan berlaku peningkatan harga minyak masak baru baru ini, Public Health Malaysia (PHM) telah memberi peringatan kepada para peniaga agar tidak menggunakan minyak masak secara berulang ulang kali sebagai langkah penjimatan.

Menerusi hantaran di laman rasmi Facebook, PHM memaklumkan bahawa semasa proses menggoreng, minyak masak akan melepaskan sisa toksik dipanggil aldehydes yang tertinggal di dalam minyak.

Makanan yang digoreng menggunakan minyak yang diguna semula akan menyerap sisa toksik aldehydes yang merupakan bahan bahaya penyebab kanser.

Jelas PHM, radikal bebas yang dihasilkan ini akan menyebabkan radang di dalam tubuh badan manusia dan keradangan ini juga boleh menyebabkan penyakit jantung, stroke, masalah kegemukan dan kencing manis.

Kalau boleh elakkan penggunaan minyak masalah lebih 3 kali. Minyak terpakai boleh di jual atau di proses untuk menjadi lilin, sabun atau bahan bahan lain.

image is not available

Malah, makanan yang menggunakan minyak masak berulang kali akan membuatkan tekak si pemakan berasa perit dan pedih oleh kerana keadaan berasid minyak masak terpakai itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

"Korang Tak Kenal Dia!" - Bercinta Sejak Tingkatan 4, Rakan-Rakan Bertegas Suspek Orang Yang Baik