
Boleh Lenjan ‘Off-Road”, Ini Ciri Hebat & Kenapa Harga JAECOO Omoda C9 Jauh Lebih Murah
Kecoh betul ya minggu lepas dengan pelancaran C9 by JAECOO. Banyak perkara yang diperkatakan termasuklah ciri menarik dan paling penting harganya.
Jika dilihat secara kasar, C9 by JAECOO ini sebenarnya tampak elegen dan premium juga, pastinya menambat hati sesiapa sahaja tidak kira lelaki mahupun wanita.
Apa yang paling menarik perhatian mengenai jentera SUV segmen D ini dikatakan tahan lasak dan boleh digunakan untuk off-road.
Memandangkan SUV terbaharu ini sedang menjadi perhatian, jadi min nak share mengenai ciri-ciri dan kenapa harga kereta lebih murah dalam segmen ini.
Bila bercakap tentang sesebuah model kereta tu, benda pertama yang korang nak tahu mestilah harga kan?
Tahu tahu? C9 by JAECOO ini menawarkan harga serendah RM168,800 dalam segmen D ini.
Dan ia hadir dalam dua varian iaitu Pacuan Semua Roda (AWD) dan varian Pacuan Dua Roda (2WD).
Untuk varian Pacuan Semua Roda (AWD) akan dijual pada harga RM188,800, manakala varian Pacuan Dua Roda (2WD) ditawarkan pada harga RM168,800.

Kenapa JAECOO C9 Dijual Pada Harga Murah?
Tentu korang tertanya-tanya macam mana ia boleh dijual pada tanda harga ini kan?
Semuanya disebabkan JAECOO C9 SUV Coupé ingin memenuhi keinginan pengguna terhadap ciri automatif baharu. Memandangkan sekarang pun trend pengguna yang mahukan kereta berteknologi tinggi seperti ini, jadi strategi menawarkan harga yang lebih murah mungkin boleh membahagiakan pihak pembekal dan pembeli.
Selain itu, syarikat automotif ini memberikan tawaran yang menggandingkan DNA JAECOO dengan ciri premium sekaligus memenuhi permintaan pengguna masa kini dari segi kualiti dan tawaran automotif yang berpatutan.
Dalam bahasa yang mudah, JAECOO menawarkan model kereta yang ‘kena’ dengan cita rasa rakyat Malaysia dari segi kualiti produk, prestasi kenderaan dan harga. Jadi, rakyat Malaysia pun tidak perlu berfikir terlalu panjang untuk memilikinya memandangkan harga pun agak murah bagi segmen SUV ini.
Rekaan Luaran

Jujur min cakap, sekali pandang je min terus jatuh hati dengan reka luaran C9 ini sebab kelihatan sporty dan sesuai untuk dipandu oleh semua lapisan umur.
Nak pula, kereta SUV ini datang dalam tiga pilihan warna iaitu Matte Grey (Kelabu ‘Matte’), Khaki White (Putih Khaki), dan Carbon Crystal Black (Hitam Kristal Karbon).
Untuk bahagian tayar pula, ia menggunakan tayar terbaik dari Syarikat Michelin 245/50 (20 inci) dengan rim aloi R20 yang berbilang-bilah. Jadi bila hujan, korang tak perlu risau tentang tayar licin atau tayar tidak cengkam jalan.
Kereta ini juga tidaklah terlalu tinggi dan terlalu rendah, dengan tinggi 1.671 meter dan lebar 1.92 meter, menjadikan ia mesra pengguna khususnya golongan tua.
Yang paling bestnya, kereta ini mampu meredah air pada kedalaman 0.45 meter tau.
“Jadi, jangan risaulah kalau air banjir sikit-sikit, takde hal punya untuk C9 by JAECOO ni”

Lagi satu, kalau korang yang jenis suka bawa barang camping banyak, but belakang kereta ini mempunyai kapasiti 660 liter hingga 1,783 liter. Haa luas kan?
Sesuai dengan gelarannya ‘Pengembara Mantap’ (‘The Steady Explorer’).
Enjin

Untuk bahagian ini, kedua-dua model C9 ini dipacu oleh enjin petrol empat silinder sebaris 2.0 TGDI yang mampu menghasilkan kuasa 257 Hp dan tork 400Nm, dengan 8 speed automatic transmission.
Tambahan lagi, ia turut menawarkan tujuh mod pemanduan pada pengguna iaitu NORMAL, ECO, SPORT, SAND, MUD, SNOW, OFF-ROAD.
Bagaimanapun, untuk varian 2WD hadir dengan tiga mod pemanduan iaitu NORMAL, ECO dan SPORT.
Rekaan Dalaman

Dah puas tengok bahagian luar, jom min bawakan apa yang terdapat dalam kereta C9 ni.
Masuk sahaja dalam kereta, korang akan disajikan dengan warna hitam yang menambahkan lagi nilai “premium” dan “mewah” pada C9 ni.
Untuk tempat duduk, ia menggunakan artificial leather (varian 2WD) dan leather untuk varian AWD.

Untuk skrin display, ia hadir dengan Apple CarPlay + Android Auto dan bluetooth. Bagi mereka yang risau telefon tak sempat nak caj, jangan risau C9 ini turut dilengkapi dengan USB port siap pakej wireless charger lagi.

Selain itu, kereta ni juga dilengkapi sistem Electric Lumbar Support Adjustment yang membuatkan korang lagi selesa bila memandu dan berehat di atas seat.
Antara ciri lain yang terdapat pada C9 ini seperti Push start button, Cruise control, Driver’s seat with welcome function, Heads-up display (Auto-HUD), Instrument Cluster, Voice Recognition, Navigation System, Central armrest with refrigerated function, Front seat adjustment, Memory Seats, Audio Speakers, Ambient Lighting, LED Luggage light dan banyak lagi.
Menarik kan?
Ciri-Ciri Keselamatan
Untuk bahagian keselamatan ni pula, min nak highlight empat features menarik yang terdapat pada kereta ni.

Pertama, Anti-lock Braking System (ABS) yang mana ciri keselamatan ini boleh dikatakan benda wajib ada pada setiap kereta zaman sekarang.
Kedua adalah Electronic Stability Program (ESP). Ciri ini dapat memantau kestabilan kenderaan dan membantu mengelakkan tergelincir atau kehilangan kawalan dengan menekan brek secara auto dan mengurangkan kuasa enjin.
Yang ketiga, Traction Control System (TCS). Ciri ini bertindak membantu menghalang putaran roda semasa pecutan pada permukaan licin dengan mengurangkan kuasa enjin atau menggunakan brek pada roda individu.
Keempat adalah Tire Pressure Monitoring System (TPMS). Jika tayar kenderaan korang dalam keadaan berbahaya seperti tekanan angin tinggi atau kurang, ciri ini akan memberi amaran kepada pemandu termasuk membantu mengelakkan tayar meletup dan meningkatkan kecekapan bahan api.
Jadi, untuk bab ini min taknak sentuh banyak sebab pengguna C9 akan menikmati pemanduan dinamik dan yang paling penting, isu keselamatan memang tiptop.
Secara keseluruhan, JAECOO C9 dari Omoda ini sememangnya tampak anggun sama ada dari luar mahupun di dalam.
Bukan itu sahaja, Ia juga mampu dipandu dalam jarak jauh atau di bandar kerana tahan lasak.
Jadi kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut tentang spesifikasi kereta ini boleh ke platform media sosial JAECOO Malaysia atau layari www.jaecoo.com.my dan rasai pengalaman pemanduan terbaik dari C9 by JAECOO di sini.
The post Boleh Lenjan ‘Off-Road”, Ini Ciri Hebat & Kenapa Harga JAECOO Omoda C9 Jauh Lebih Murah appeared first on Siakap Keli.


