Boleh Lihat Sunset Dan Ambil OOTD Cun, SMI Park Di Sibu Ini Jadi Port Riadah Kegemaran Ramai

11 Mar 2023 • 2:34 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Port riadah menarik di Sibu.

Boleh Lihat Sunset Dan Ambil OOTD Cun, SMI Park Di Sibu Ini Jadi Port Riadah Kegemaran Ramai. Sibu merupakan antara bandar utama di Sarawak yang terkenal dan kaya dengan kepelbagaian warisan budayanya.

Untuk artikel kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda sebuah port beriadah di Sibu iaitu SMI Park.

image is not available
Boleh Lihat Sunset Dan Ambil OOTD Cun, SMI Park Di Sibu Ini Jadi Port Riadah Kegemaran Ramai. Kredit foto: FB Christina Hii

image is not available
Kredit foto: FB Syikin Idris

Ada banyak aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di sini

Daripada Kilang Papan Lama, kini Sarawak Holding Industries telah bertukar menjadi taman riadah yang indah buat para pengunjung.

Antara aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di sini adalah, main go-kart (untuk dewasa dan kanak-kanak), melihat haiwan comel seperti arnab dan kambing, bermain di taman permainan yang disediakan (untuk kanak-kanak), beriadah di taman, picnic atau makan-makan!

Berlatarbelakangkan pemandangan panorama sungai yang bertiup sepoi sepoi basah serta matahari terbenam, di sini juga terdapat sawmill lama yang boleh dijadikan port bergambar.

image is not available
Kredit foto: FB Syikin Idris

image is not available
Kredit foto: FB Christina Hii

image is not available
Kredit foto: FB Christina Hii

Port terbaik untuk meluangkan masa bersama keluarga

Sesuai untuk kanak-kanak untuk meneroka pelbagai aktiviti, SMI Park ini adalah port terbaik untuk meluangkan masa bersama keluarga.

Jika anda lapar pula, anda tak perlu risau kerana di sini terdapat gerai makan muslim iaitu Sixty6 Kitchen yang menawarkan pelbagai makanan enak buat anda.

Sangat digemari penduduk tempatan, tempat ini amat kami sarankan untuk anda singgah terutamanya jika anda inginkan suasanan santai dan nak healing.

Lagi tempat menarik di Sibu yang anda mesti kunjungi di sini:

View Original Article