'Boleh naik RM12,000 semalaman...' Fedtri Yahya sangkal terperangkap di Tanah Suci satu nikmat, kongsi realiti kenaikan harga hotel

LocalTravel
4 Mar 2026 • 5:30 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

ISU serangan di Asia Barat menjadi kebimbangan ramai terutama dalam kalangan jemaah yang dikatakan terperangkap di Tanah Suci.

Penerbit dan pengacara terkenal, Ahmad Fedtri Yahya bagaimanapun tampil menjelaskan situasi sebenar selain berkongsi kemungkinan yang dihadapi mereka yang masih berada di sana ketika musim puncak.

Menurutnya, isu sebenar bukan semata-mata soal ‘terperangkap’, sebaliknya cabaran besar yang perlu dihadapi adalah kos penginapan yang melambung tinggi, lebih-lebih lagi sepanjang Ramadan.

“Ramadan, hotel bukan lagi kira per bilik, tapi per katil. Kalau hari biasa sekitar RM1,000, boleh naik sampai RM10,000 hingga RM12,000 semalaman, bergantung jenis dan lokasi,” kongsinya.

image is not available

Tambah beliau, bagi individu yang datang bersendirian dan mempunyai kemampuan kewangan, situasi itu mungkin tidak terlalu membebankan.

Namun, berbeza buat mereka yang datang bersama tanggungan, warga emas atau ahli keluarga berkeperluan khas, keadaan tersebut pastinya menjadi satu dugaan besar.

Fedtri terdahulu menjawab pertanyaan pengguna Thread, @farfarfarawayyyy tentang keadaan terperangkap di Tanah Suci merupakan satu nikmat.

"I rasa nikmat stranded kat Mekah Madinah itu ibarat hadiah kan. Bulan Ramadan pula, siapa yang tak nak," kongsinya.  

Beberapa jemaah yang sedang di sana mengiyakan perkongsian Fedtri berkaitan harga hotel. Rata-rata berkongsi keadaan masing-masing.

image is not available

Tidak kurang juga yang  mahu pihak berkuasa membantu rakyat Malaysia sedang terperangkap di sana susulan serangan Amerika Syarikat ke atas Iran.

"Saya dan kawan antara yang terperangkap di Madinah. Mohon dengan asbab thread ini kita orang boleh balik Malaysia secepat mungkin. Terkandas dari 28 Februari 2026."

"Betul. Saya selepas mendapat tahu penerbangan dibatalkan, saya buat keputusan keluar dari Makkah dan sewa hotel di sekitar Jeddah dan berdekatan dengan lapangan terbang."

"Kami booking bilik bukan per katil dan duduk sebilik anak beranak.  Berkaitan harga bilik tergantung jarak hotel dan star. Bilik kami suite, untuk satu bilik semalaman bawah RM2,000 pada akhir Ramadan. Di Makkah yang mahal ialah pemandangan Kaabah. Madinah masih bawah RM1,000. Alhamdulillah."

"Tidakkah pihak syarikat penerbangan atau insurans akan menampung kos akibat ‘pembatalan’ penerbangan? " 

Serangan Amerika Syarikat ke atas Iran bermula 1 Mac lalu menyebabkan penutupan besar-besaran ruang udara di rantau Teluk sekali gus mengganggu trafik penerbangan global.

Sumber: Thread