“Boleh Pakai Ke Mana-Mana Tanpa Guna Visa..” – Rakyat Indonesia Cemburu Dengan Pasport Malaysia

LocalTravel
11 Nov 2024 • 10:51 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular di platform media sosial ciapan seorang netizen dari negara Indonesia yang meluahkan rasa cemburu terhadap pasport Malaysia selepas rekaan sebenar pasport berkenaan tular.

Dapat dilihat di ciapan tersebut, individu itu menyatakan bertuah menjadi rakyat Malaysia kerana bukan saja memiliki reka bentuk yang menarik, bahkan pasport Malaysia merupakan pasport terbaik di dunia.

Bertuah jadi rakyat Malaysia. Pasport mahal boleh dipakai ke mana-mana tanpa menggunakan visa. Tak macam kita..

Video yang dibalas oleh individu Indonesia itu memaparkan reka bentuk ‘sebenar’ pasport Malaysia yang sebelum ini dianggap biasa-biasa saja.

Pada mata kasar memang pasport Malaysia kelihatan biasa tetapi apabila dipancar menggunakan cahaya UV, setiap helaian mempunyai reka bentuk bangunan berbeza atau masjid ikonik di Malaysia yang selama ini ‘tersembunyi’.

image is not available 4 months ago

Malaysia Bakal Keluarkan Pasport Tempoh Sah Laku 10 Tahun - Kementerian Dalam Negeri