“Boleh Peluk Cium Dia Ke?” – Tiket Konsert G-Dragon Di KL Dijual Semula Sampai Cecah RM28,000

EntertainmentMusic
29 May 2025 • 4:13 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Sejak G-Dragon mengumumkan konsert solo Übermensch di Malaysia, sudah ramai yang bersedia untuk menyertai ‘peperangan’ tiket.

Sudah pun mula dijual sejak beberapa hari lalu mengikut peringkat keutamaan, siapa sangka ia akan menimbulkan ketegangan dalam kalangan peminat yang sudah sekian lama menanti.

Terbaru, kecoh apabila ada yang dikatakan mengambil kesempatan untuk menjual semula tiket yang dibeli dengan harga tidak masuk akal. Bayangkan barisan pertama bahagian VVIP dijual dengan harga sebanyak RM28,000 meskipun harga asalnya hanyalah RM1,339 sahaja.

Tindakan tidak beretika penjual ini nyata menimbulkan kemarahan peminat apabila ramai yang benar-benar ingin membeli tiket konsert berkenaan terlepas dari peluang ini dek sifat tamak mereka.

Kata peminat,

  • Kalau harga macam ni, baik kau panggil je GD datang rumah.
  • Penjual macam aku harap kau miskim sampai bila bila.
  • Benefit dia dapat peluk cium GD ke?
  • Boleh buat downpayment rumah
  • Semoga melingkup.

Semoga ada tindakan buat penjual seperti ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved