
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kanak-kanak yang sedang membesar pastinya sibuk meneroka dunia dan di dalam fasa cuba memahami emosi sendiri.
Fasa ini mungkin adakalanya tidak mudah buat ibu bapa, yelah ketika anak sedang berdepan emosi yang tak stabil adakalanya menangis, mengamuk dan sukar untuk memberitahu apa dimahukan.
Baru-baru ini seorang wanita yang juga ibu telah berkongsi tips yang boleh meredakan emosi anak yang sedang tantrum hanya dalam masa satu minit.
Menerusi hantaran di Threads, wanita dikenali sebagai Tiara Aiseh mengatakan apabila sudah mempunyai dua orang anak dia baru memahami cara mengawal emosi anak dan mahu berkongsi perkara itu dengan orang lain.
Antara langkah boleh dilakukan ketika anak sedang beremosi adalah:
#1 Jangan respon terlalu cepat

Ketika anak sedang beremosi atau tantrum, sebaiknya ibu ayah cuba untuk membiarkan terlebih dahulu dan berdiam.
Jangan cuba untuk berkomunikasi kerana ketika keadaan ini anda juga mungkin sedang beremosi. Yelah apabila emosi kita tidak stabil maka ada tingkah laku atau perbuatan yang dilakukan lebih memburukkan lagi keadaan.
Usah biarkan emosi mengawal diri anda, ambil masa dan cuba untuk bertenang supaya anda boleh bertindak dengan lebih baik.
View on Threads
#2 Diam serta tengok anak dengan penuh kasih sayang

Cuba berfikiran rasional dan fahami yang anda sedang berurusan dengan kanak-kanak yang masih kecil serta tak faham apa yang sedang berlaku.
Oleh itu, sebagai individu dewasa kita perlu melakukan langkah bijak. Perhati dan cuba fahami apakah yang cuba disampaikan oleh anak.
Perkara ini secara tidak langsung akan membuat anak berfikir mengapa mereka perlu bersikap sebegitu walhal ibu ayah tidak menghiraukan mereka apabila melakukan tindakan tersebut.
Ia secara tidak langsung mengubah cara mereka berfikir dan cuba mengubahnya.
#3 Selawat tiga kali hembuskan pada dia dan niat untuk Allah lembutkan hati dan jiwa dia

Sebagai ibu bapa, doa adalah senjata yang paling kuat untuk anda. Oleh itu, cuba berselawat sebanyak tiga kali dan hembus pada anak.
Menurut Tiara, ia satu keajaiban jika dicuba pada anak.
“Saya ada anak buat memang lasak waktu kecil tapi bila membesar jadi macam orang lain, pendiam, sopan, baik sangat. Cair saya tengok (tingkah laku) tau,” ujarnya lagi.
Menurut Tiara tips tersebut dikongsikan oleh ibu kepada anak buahnya itu.
Walau bagaimanapun, kunci utama untuk melakukan tips ini adalah ibu bapa perlu banyak bersabar dalam proses membesarkan anak-anak.
View on Threads
Di ruangan komen, ada yang bersetuju dengan perkongsian tersebut dan melakukan teknik yang sama.
Namun ada yang mengatakan ia hanya berjaya jika situasi tersebut hanya ada ibu dan anak. Sekiranya ada individu lain seperti ayah, nenek atau datuk, si kecil masih tantrum kerana tahu ada orang lain yang akan memujuk.
Ada juga mengatakan teknik tersebut tidak berkesan kepada segelintir anak mereka, ini kerana mereka mahukan respon seperti pujukan untuk berhenti.
“Tidak untuk anak nombor dua saya. Selagi kita tak respon tak ikut apa dia nak, dia akan nangis macam kena dera sampai muntah-muntah.”

“Bila ada bapaknya, double, triple tantrumnya. Sebab dia lebih manja dengan bapaknya. Bapak pula jenis melayan, tak suka anak menangis lama-lama.”

“Biasa saya buat macam ni. Tapi bila ada ayahnya lain pula jadinya.”


