“Boleh Saya Tahu Siapa Saya Kikis? Kalau Saya Pengikis Saya Dah Kaya” – Dituduh Kikis Duit Wanita, Azri Iskandar Pertahankan Diri

14 Feb 2024 • 12:35 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Boleh dikatakan sejak kisah percintaan bersama seorang wanita misteri menjadi perhatian ramai, pelakon Azri Iskandar seolah-olah dipandang serong oleh netizen susulan dia tidak pernah menunjuk teman wanitanya.

Dituduh kaki kikis

Bukan sekadar itu, bahkan ada juga yang menuduh Azri sebagai ‘kaki kikis’ duit wanita.

Tampil pertahankan diri, pelakon veteran itu berkata dia tidak tahu sekiranya gosip tidak betul itu timbul selepas kisah percintaanya sebelum ini berakhir dengan baik.

Kalau betul saya pengikis sekarang ini saya dah kaya, pakai kereta mewah, tidak mempunyai hutang dan dan tidak perlu shooting.

Siapa perempuan tu?

Dalam pada itu, Azri turut persoalkan siapakah duit wanita yang sudah dikikis olehnya seperti didakwa ramai.

Tambahannya lagi, pendapatan dia turut terjejas akibat kekurangan tawaran berlakon dan disebabkan itu, Azri terbeban dengan beberapa komitmen yang perlu dibayar termasuk gagal membayar duit sewa rumah.

image is not available 3 months ago

"Netizen Kata Gila Bercinta Dengan Bunian" - Nak 'Tutup Buku', Azri Iskandar Serik Kongsi Kisah Percintaan Dengan Dr Azra