“Boleh Tambah Pahala” – Lelaki Bangunkan Website ‘MasjidKita’, Senaraikan Masjid & Surau Yang Perlukan Sumbangan Dana

LocalTechnology
7 Aug 2026 • 12:36 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Inisiatif seorang lelaki dikenali sebagai Ameer Shah mendapat pujian ramai selepas dia membangunkan satu sesawang yang menghimpunkan senarai masjid dan surau yang memerlukan dana pembangunan, pembaikan dan naik taraf.

Laman sesawang yang dikenali sebagai MasjidKita itu memudahkan pengguna untuk mencari dan menyalurkan infaq kepada mana-mana tempat ibadah yang memerlukan.

Antara masjid dan surau yang telah disenaraikan adalah daripada negeri:

  • Johor
  • Kelantan
  • Perak
  • Pulau Pinang
  • Selangor
  • Terengganu
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Sebanyak 32 Buah Masjid & Surau Tersenarai Dalam MasjidKita Setakat Ini

Setakat ini (7 Ogos), terdapat sebanyak 32 buah masjid dan surau yang tersenarai dalam portal berkenaan antaranya:

  1. Masjid Tun Abdul Aziz (Masjid Bulat), Petaling Jaya (Jumlah sasaran dana: RM350,000)
  2. Surau An-Nur Selangor, Shah Alam (RM1,500 000)
  3. Masjid Permatang Tinggi, Pulau Pinang (RM8,500 000)
  4. Masjid An-Nur (Desa Aman Puri), Gombak (RM10,000 000)
  5. Masjid UiTM Bukit Besi, Terengganu (RM1,200 000)
image is not available

Sumber: MasjidKita

Kutipan Dana Masjid Atau Surau Akan Disahkan Dulu Sebelum Diluluskan Dalam Portal MasjidKita

Malah pengguna juga boleh menambah senarai itu sendiri dengan meletakkan maklumat nama masjid, alamat, tujuan kutipan dana dan sebagainya di dalam portal MasjidKita ini. Klik pautan [DI SINI].

Menerusi laman sesawang sama, anda boleh melihat tujuan masjid atau surau itu memerlukan dana antaranya untuk pembinaan, naik taraf atau penyelenggaraan.

Jelas Ameer, setiap pengisian masjid atau surau baharu akan disemak dahulu sama ada ia mendapat surat kelulusan pihak berkuasa atau pun tidak sebelum dimasukkan ke dalam senarai MasjidKita.

“Admin akan reviu sebelum approve.

“Korang juga boleh bantu dengan menambah senarai masjid atau surau yang memerlukan bantuan. Semoga usaha kecil kita ini memudahkan lebih ramai menyumbang kepada rumah-rumah Allah,” katanya lagi menerusi hantaran di laman Threads.

image is not available
Sumber: MasjidKita

Sumbangan Dana Akan Disalurkan Terus Kepada Masjid Atau Surau Guna QR Atau Akaun Bank

Untuk info, setiap penyenaraian tempat ibadat memaparkan maklumat bank atau QR masjid itu sendiri dan sumbangan tidak akan disalurkan melalui MasjidKita.

Namun menurut Ameer, MasjidKita tiada aplikasi yang boleh dimuat turun menerusi Google Play, dan App Store, pun begitu pengguna boleh ‘Add To Homescreen’ portal ini di peranti masing-masing.

View on Threads

Syed Saddiq Puji Portal MasjidKita Kerana Permudah Urusan Hulur Bantuan

Portal ini nyata mendapat sokongan ramai apabila ramai memuji usaha Ameer dalam membangunkan portal yang mampu memudahkan urusan individu yang mahu menginfaq dan memberi sumbangan.

Hantaran lelaki itu turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Idea yang bagus! Terima kasih kerana permudahkan urusan bantuan,” katanya.

image is not available
Sumber: Threads

‘Portal MasjidKita Boleh Elak Jadi Mangsa Scam’ – Netizen

Malah ramai juga mendoakan perkara-perkara baik buat Ameer atas usahanya itu.

“Fuh terbaik. Besar pahala awak bro. Lepas mati pun pahala masih mengalir tanpa henti. Masya-Allah,” kata seorang lelaki.

Sementara itu, ada yang yang berkata pautan ini membolehkan pengguna mengelak daripada mangsa penipu yang kadangkala meminta sumbangan daripada platform media sosial.

“Elok juga ada pangkalan data ni, boleh banteras scammer penunggang agama yang asyik minta duit nak buat surau yang tak akan ada,” kata seorang pengguna Threads.

Klik pautan masjidkita.my [DI SINI] atau salin dan tampal pautan ini: https://masjidkita.my/

Berikut antara komen-komen netizen:

image is not available
image is not available
image is not available
image is not available
image is not available
image is not available
image is not available
Sumber: Threads
View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved