Boleh Tuntut Refund Segera, AirAsia Lancar Panggilan Khidmat Pelanggan Melalui Super App

31 Mar 2023 • 8:40 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kini anda boleh tuntut bayar balik dengan segera.

Boleh Tuntut Refund Segera, AirAsia Lancar Panggilan Khidmat Pelanggan Melalui Super App. AirAsia baru-baru ini melancarkan perkhidmatan panggilan melalui aplikasi airasia Super App untuk memenuhi permintaan yang tinggi bagi interaksi khidmat pelanggan yang pantas.

Pelanggan kini boleh berbual secara terus dengan pegawai perkhidmatan untuk mendapatkan penyelesaian segera bagi situasi yang mendesak seperti penerbangan yang akan berlepas dalam tempoh 24 jam atau jika terdapat perubahan dalam rancangan perjalanan secara tiba-tiba atas sebab perubatan atau kecemasan.

image is not available
Boleh Tuntut Refund Segera, AirAsia Lancar Panggilan Khidmat Pelanggan Melalui Super App

Anda boleh meminta refund dengan mengakses fungsi panggilan khidmat pelanggan di Super App

Pelanggan yang memerlukan penyelesaian segera boleh mengakses fungsi panggilan ini selepas berinteraksi dengan bot sembang Ask Bo. AirAsia menggalakkan pelanggan untuk menggunakan kemudahan layan diri dan bantuan sembang langsung untuk pertanyaan am dan isu yang tidak memerlukan penyelesaian segera.

Selain perkhidmatan panggilan, AirAsia turut memperkenalkan ciri penjejakan tuntutan bayaran balik melalui airasia Super App dan halaman webnya. Pelanggan hanya perlu memasukkan nombor kes mereka pada butang ‘My Cases’ bagi mendapatkan status terkini permintaan pemulangan balik dengan lebih terperinci.

image is not available

Perkhidmatan ini tersedia dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Cina, Thai dan Bahasa Indonesia

Ketua Pegawai Pengalaman Lapangan Terbang dan Pelanggan, AirAsia Aviation Group, Kesavan Sivanandam, berkata bahawa penambahbaikan baru ini adalah sebahagian daripada jaringan fungsi, alat, dan aplikasi yang akan diperkenalkan oleh AirAsia dari masa ke semasa.

Ejen sembang langsung mereka telah dilatih untuk menangani situasi mendesak dan memberikan bantuan terbaik mengikut keperluan pelanggan. Perkhidmatan ini tersedia dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Cina, Thai dan Bahasa Indonesia, dan bahasa lain akan ditambah di masa hadapan.

image is not available

AirAsia telah melunaskan 98.4% daripada tuntutan bayaran balik yang diterimanya sejak permulaan pandemik Covid-19 pada Mac 2020. Pembayaran telah dibuat dalam pelbagai bentuk yang berjumlah sehingga AS$ 2.1 bilion. Usaha untuk menyelesaikan baki selebihnya sedang dijalankan ketika syarikat penerbangan itu berusaha untuk membina semula operasinya kembali kepada kapasiti normal.

Penambahbaikan ini juga sejajar dengan ikrar Capital A untuk menjadi jenama yang paling komunikatif dan responsif dalam industri dan menyediakan pengalaman pelanggan yang lebih proaktif, prihatin, dan bebas kerumitan kepada semua tetamu dan pelanggan merentasi cabang perniagaannya.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di sini: