Bolivia Negara Pertama Putuskan Hubungan Diplomatik Dengan Israel

2 Nov 2023 • 10:40 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Bolivia menjadi negara pertama putuskan hubungan diplomatik dengan Israel susulan konflik yang berlaku diantara Zionis dan Hamas, dengan kerajaan sayap kiri negara Amerika Selatan.

Menurut laporan Reuters, keputusan itu diumumkan pada sidang akhbar pada petang Selasa (31 Okt) oleh María Nela Prada, seorang menteri dalam pentadbiran Presiden, Luis Arce.

Bolivia putuskan hubungan dengan Israel

image is not available

“Kami menuntut dihentikan serangan di Semenanjung Gaza yang setakat ini telah meragut lebih 8,000 nyawa orang awam dan menyebabkan pemindahan secara paksa penduduk Palestin,” katanya.

Timbalan Menteri Luar Bolivia, Freddy Mamani Machaca pula menegaskan pendirian itu diambil bagi menentang tindakan Israel yang tidak henti melakukan serangan teerhadap Palestin sehingga menjejaskan nilai kemanusiaan.

Pada minggu lalu, Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva mengkritik Israel mengenai kekejaman mereka yang tidak mempunyai belas ihsan terhadap penduduk Palestin yang terkorban terutamanya kanak-kanak dan wanita.

image is not available

“Hanya kerana Hamas melakukan tindakan serangan terhadap Israel, ia tidak bermakna Israel perlu membunuh berjuta-juta orang awam yang tidak bersalah di Gaza,” ujarnya.

Sekadar info, Bolivia sebelum ini pernah memutuskan hubungan dengan Israel pada 2009 selepas Zionis menceroboh Semenanjung Gaza namun menjalin semula hubungan pada 2020 di bawah Presiden sayap kanan, Jeanine Áñez.

Bolivia bukanlah negara Amerika Selatan pertama yang menyatakan kemarahan terhadap reaksi Israel terhadap serangan Hamas pada 7 Oktober lalu.

image is not available

Sumber: Reuters (Daniel Ramos)