“Bollywood Umur Macam Sayalah Bawa Watak Hero” – Tak Memilih, Tapi Azri Iskandar Masih Impikan Watak ‘Hero’

7 Dec 2023 • 11:29 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon, Azri Iskandar berkata kini dirinya tidak lagi memilih watak jika hendak dibandingkan dengan sebelum ini.

Ia kerana tawaran berlakon buatnya sudah berkurangan dan tidak seperti dulu, dimana Azri boleh memilih projek mana yang hendak diterajui.

Sekarang dah tiada. Yang ada pun watak ayah. Di Malaysia faham-fahamlah watak ayah orang tak ‘highlight’ sangat. Ia dah jadi kategori pembantu sahaja.

Bahkan, aktor tersebut berkata persaingan sekarang ini semakin ramai dan semuanya bergantung kepada faktor rezeki.

Bollywood umur macam sayalah bawa watak hero seperti Amir Khan, Shahrukh Khan dan Salman Khan.

Dalam pada masa yang sama, Azri turut meluahkan hasrat di dalam hati bahawa masih mengimpikan watak ‘hero’.

image is not available 1 month ago

"Disember Dia Mula Berlakon, Bayaran RM500K" - Wanita 'Misteri' Dr. Azra Wujud, Azri Iskandar Nafi Reka Cerita

View Original Article