Bom Lama 250 Kilogram Ditemui Di Tapak Perumahan Bukit Goh

3 Jul 2025 • 10:22 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Bom Lama 250 Kilogram Ditemui Di Tapak Perumahan Bukit Goh

KUANTAN (Bernama) — Sebutir objek dipercayai bom lama jenis aerial seberat kira-kira 250 kilogram ditemukan tertanam di kawasan tapak projek perumahan di Bukit Goh di sini semalam

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Mohd Adli Mat Daud berkata bom berkenaan ditemui oleh seorang kontraktor kira-kira pukul 2.50 petang sebelum pihak polis bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan kawalan keselamatan dan siasatan lanjut.

“Hasil penilaian risiko oleh Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang mendapati objek berkenaan perlu dimusnahkan menggunakan kaedah ‘low order’,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya kaedah berkenaan dipilih bagi mengurangkan impak gegaran terhadap kediaman penduduk yang terletak kira-kira 200 meter dari lokasi penemuan bom tersebut dan pemusnahan berjaya dilaksanakan dengan selamat pada pukul 10 pagi tadi.

Dalam pada itu, Mohd Adli menasihatkan orang awam agar tidak menyentuh atau mengalihkan sebarang objek mencurigakan yang dijumpai di mana-mana lokasi, sebaliknya segera menghubungi balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut.

Sumber: Bernama