Bom meletup sebelum Presiden Filipina berucap

WorldPolitics
27 Jul 2026 • 1:50 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bom meletup sebelum Presiden Filipina berucap

MANILA – Sebutir bom buatan sendiri meletup berhampiran pintu masuk bangunan Kementerian Kehakiman Filipina di Manila awal pagi tadi, beberapa jam sebelum sebutir bom lain yang tidak meletup ditemukan  berhampiran Dewan  Senat.

Letupan sejurus selepas tengah malam itu tidak mengakibatkan  kemalangan jiwa, manakala  bom kedua ditemukan beberapa jam sebelum Presiden Ferdinand Marcos dijadualkan menyampaikan ucapan tahunan negara.

Ketua polis Filipina, Jose Melencio Nartatez Jr memberitahu pemberita hari ini bahawa terdapat ‘kemungkinan besar kedua-dua insiden itu berkaitan’.

Belum dapat dipastikan sejauh mana besar letupan tengah malam itu.

“Kami masih menyiasat, jadi kami tidak boleh memberikan anda butiran tentang betapa besar atau kecil letupan yang berlaku,” kata jurucakap polis Manila,  Philipp Ines kepada AFP.

Ucapan Marcos hari ini dibuat pada masa ketegangan politik di Filipina memuncak, dengan Naib Presiden Sara Duterte berdepan usul pemecatan, sementara pengundi juga digemparkan oleh skandal rasuah yang dikaitkan dengan projek kawalan banjir palsu. – AFP 

 

The post Bom meletup sebelum Presiden Filipina berucap appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved