Bom peninggalan perang dunia kedua ditemui dalam kebun

24 Jan 2026 • 9:08 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 24 JAN: Sebutir bom dipercayai peninggalan perang dunia kedua, ditemui dalam sebuah kebun di FELDA Bukit Senggeh, Nyalas, Jasin, Melaka semalam.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert berkata bom itu dijumpai seorang pekebun berusia 53 tahun ketika menanam semula pokok kelapa sawit sekitar jam 12 tengah hari.

“Pengadu ternampak objek menyerupai bom ketika menanam anak pokok, sebelum membuat laporan di Balai Polis Nyalas.

"Hasil siasatan Unit Persenjataan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin kemudian mengesahkan objek itu adalah bom jenis Unexploded Ordnance (UXO) jenis Aerial Bomb.

"Bom itu seberat 500 paun dengan panjang 101.6 sentimeter serta ukur lilit 66.04 sentimeter, selain didapati masih aktif dan berkarat," katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, operasi persiapan dimulakan pada jam 2.45 petang di lokasi sebelum bahan letupan itu dimusnahkan sepenuhnya pada jam 6 petang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved