Bom Perang Dunia Kedua dimusnah di Kinarut

27 Feb 2025 • 10:19 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Jeremy S Zabala

PAPAR: Sebutir bom peninggalan Perang Dunia Kedua (WW2) belum diletupkan (UXO) diletupkan oleh Unit Pemusnah Bom polis berhampiran Kilang Lok Kawi Plastic Industries, pada 2 petang Rabu.

Bom itu ditemui pekerja kira-kira jam 1.30 tengah hari Selasa di tapak pembinaan di kawasan perindustrian itu.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Ketua Polis Daerah Supt Kamaruddin Ambo Sakka berkata penemuan itu dibuat ketika pekerja sedang mengorek menggunakan jengkaut.

Beliau berkata, pekerja menemukan satu objek besar dan mengorek perlahan-lahan sehingga berjaya mengeluarkan objek itu dari tanah.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Mereka kemudiannya menyedari objek itu adalah bom lama yang tertimbus dan segera melaporkan penemuan itu di Balai Polis Kinarut,” katanya.

Selepas menerima laporan itu, Kamaruddin berkata sepasukan anggota dihantar ke lokasi bersama Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Beliau berkata pemeriksaan lanjut mendapati bom itu masih aktif dan dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua.

“Beberapa jalan ditutup bagi memudahkan persiapan untuk peletupan bom di kawasan itu pada pagi Rabu,” katanya.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Beliau juga berkata Jabatan Keretapi Negeri dimaklumkan untuk menghentikan sementara operasi pada masa letupan serta memaklumkan penduduk.

“Beberapa agensi seperti Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Penerbangan, Sabah Electricity bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat turut memberikan bantuan dan nasihat sebelum letupan berlaku,” katanya.