Bom Tangan Ditemui Di LPT2

LocalPolitics
16 Feb 2025 • 10:26 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Bom Tangan Ditemui Di LPT2

Sebutir bom tangan dilaporkan telah ditemui di kawasan susur keluar Plaza Tol Bukit Besi, Lebuhraya Pantai Timur Fasa Dua (LPT2), tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir, memaklumkan bahawa objek berbahaya itu ditemui oleh seorang pekerja penyelenggaraan.

Ketika kejadian, pekerja tersebut sedang menjalankan kerja-kerja memotong rumput di kawasan berkenaan.

Curiga dengan bentuk objek itu, pemotong rumput tersebut segera menghubungi talian kecemasan MERC 999 untuk tindakan lanjut.

Justeru, bagi memastikan keselamatan orang ramai, pihak berkuasa menutup laluan di kedua-dua arah lebuh raya sepanjang 300 meter dari lokasi penemuan bom.

Sepasukan anggota Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu dikejarkan ke lokasi dan berjaya memusnahkan bom tersebut pada kira-kira 4.00 petang tadi.

Pihak polis kini giat menjalankan siasatan bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab meletakkan bom tangan itu di kawasan lebuh raya berkenaan.

Sumber: Berita RTM

The post Bom Tangan Ditemui Di LPT2 appeared first on Siakap Keli.