Bomba: 10 pokok tumbang susulan ribut, hujan lebat di Morib

14 Jun 2023 • 6:53 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 14 JUN: Seorang pemandu lori mengalami detik cemas apabila kenderaan yang dipandunya dihempap pokok tumbang, dalam kejadian hujan lebat dan ribut di Jalan Pantai Morib menghala ke Tanjung Sepat, Banting dekat sini, pagi tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata bagaimanapun pemandu lori yang merupakan warga tempatan berusia 30-an itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada 6.47 pagi.

“Kira-kira 10 batang pokok tumbang dan menghalang laluan kenderaan, terdapat satu lori muatan 10 tan yang sedang melalui jalan tersebut tidak sempat mengelak dan dihempap dahan pokok tersebut. Pemandu lori tersebut berjaya keluar dari kenderaan untuk menyelamatkan diri.

“Pihak bomba mengambil masa selama empat jam bagi menjalankan kerja-kerja mengalihkan batang pokok yang menghalang laluan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kerja-kerja pengalihan batang pokok itu turut dibantu Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Majlis Perbandaran Kuala Langat, Jabatan Kerja Raya dan Polis Diraja Malaysia.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved