Bomba bantu hantar pengundi ke PDM

20 Nov 2022 • 3:56 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KENINGAU: Dua lori Jabatan Bomba dan Penyelamat digunakan untuk membawa 40 pengundi ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) di SK Rancangan Belia Tiulon di sini, selepas jalan utama ke pusat itu dinaiki air sehingga paras pinggang akibat banjir kilat yang berlaku awal pagi Sabtu.

Lori dari Balai Bomba dan Penyelamat Sook dan Tenom itu digunakan untuk membantu mengambil pengundi dari persimpangan Rancangan Belia Tiulon dan menghantar mereka ke pusat mengundi tersebut bagi membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab mengundi.

Dalam operasi itu, seramai 17 anggota bomba terlibat dalam logistik lori, bot dan jentera lain dari Sook dan Tenom.