Bomba guna helikopter selamatkan pendaki keletihan

30 Jul 2022 • 2:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUANTAN - Bomba terpaksa menggunakan khidmat helikopter untuk membawa keluar seorang pendaki wanita yang mengalami keletihan hingga tidak mampu meneruskan perjalanan turun dari Kem Belumut, Gunung Tahan, Jerantut pada Sabtu.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, bantuan helikopter bomba digunakan untuk membawa keluar mangsa berusia 39 tahun itu.

Menurutnya, mangsa berjaya dibawa keluar kira-kira jam 12 tengah hari dan dihantar ke Hospital Gua Musang, Kelantan untuk mendapatkan rawatan.

image is not available

"Berdasarkan laporan awal, mangsa dan 21 pendaki lain bersama tiga pemandu arah mendaki gunung itu pada 27 Julai lalu.

"Dalam perjalanan turun, ketika sampai di Kem Belumut, mangsa dipercayai mengalami keletihan hingga hilang upaya untuk meneruskan perjalanan," katanya.

Ismail berkata, susulan kejadian, pihak bomba telah dihubungi untuk bantuan menyelamat.