Bomba: Kebakaran Hutan Kuala Langat dipadamkan sepenuhnya

31 May 2023 • 10:27 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SHAH ALAM: Kebakaran yang berlaku di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan membabitkan kawasan seluas 1.6 hektar sejak Isnin lepas, berjaya dipadamkan sepenuhnya petang semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Hafisham Mohd Noor berkata pihaknya menerima panggilan berkenaan insiden itu pada 6.32 petang dan menjalankan operasi pemadaman dengan kekuatan 25 anggota.

Beliau berkata operasi turut dibantu 33 anggota pelbagai agensi termasuk Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Langat, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan polis.

Kebakaran itu berjaya dipadamkan sepenuhnya 6.30 petang semalam dan kerja-kerja membersihkan parit diteruskan oleh pihak JPNS menggunakan jentera jengkaut, katanya.

“Telaga tiub juga telah diaktfikan sehingga esok dan pihak bomba akan membuat pemantauan secara berjadual di lokasi tersebut,” katanya. -Bernama