Bomba: Lelaki maut kemalangan dua kenderaan di Gohtong

23 Dec 2024 • 11:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 23 DIS: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan berhampiran Balai Polis Bantuan Gohtong, Hulu Selangor, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 10.05 pagi.

Beliau berkata sepasukan anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu digegaskan ke lokasi kejadian, dan sebaik tiba pasukan itu mendapati berlaku kemalangan jalan raya melibatkan dua kenderaan iaitu Toyota Corolla dan sebuah van Cam Placer-X.

“Pemandu Toyota Corolla Toh Yok Chai, 58, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) akibat tersepit di bahagian pemandu.

“Mayat mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan alatan khas sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Sementara pemandu van Cam Placer-X Ahmad Munir Yunus, 33, mengalami kecederaan di bahagian kepala, dan dihantar ke Hospital Selayang,” katanya.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved