Bomba pantau lokasi berisiko banjir di Selangor

9 May 2024 • 9:20 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Selangor menjalankan pemantauan di beberapa lokasi susulan kejadian banjir kilat di Kajang petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata banjir kilat pada kira-kira 6 petang itu adalah akibat hujan lebat yang menyebabkan sebuah kereta terperangkap dan berlaku kesesakan lalu lintas.

Beliau berkata pihaknya juga berjaya menyelamatkan seorang warga emas berusia 86 tahun selepas rumah wanita itu di Kampung Sungai Kantan dinaiki air separas buku lali.

Ahmad Mukhlis berkata banjir kilat di Kajang dilaporkan surut pada kira-kira 7 malam namun pemantauan berterusan dilakukan di lokasi terbabit.

“Pemantauan turut dilakukan di beberapa lokasi seperti Dengkil dan Klang... setakat 10 malam tadi, keadaan di dua lokasi terbabit terkawal serta tiada risiko banjir atau banjir kilat,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Terdahulu, tular di laman sosial gambar dan video memaparkan kejadian banjir kilat di Kajang yang mengakibatkan sebahagian jalan utama terjejas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved