Bomba pecah pintu, temukan mayat warga emas

14 Dec 2023 • 5:59 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

GEORGE TOWN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang hari ini terpaksa memecahkan pintu sebuah rumah setelah menerima aduan mengenai seorang warga emas terkunci di dalamnya di Flat Lumba Kuda, Air Itam di sini.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Pulau Pinang sebaik sahaja pintu itu berjaya dibuka, Ong Liang Soon, 73, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Pihak bomba menerima panggilan bagi membantu membuka pintu rumah lelaki itu oleh pihak polis kira-kira pukul 1.25 tengah hari sebelum menemukan lelaki tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Pasukan perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat,“ katanya ketika dihubungi. -Bernama