Bomba Sabah kenal pasti 799 kawasan banjir

LocalEnvironment
11 Jan 2025 • 3:56 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Marutin Ansiung

KENINGAU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah mengenal pasti sebanyak 799 kawasan perkampungan sering berlaku banjir, termasuk kawasan bandar dan pekan.

Pengarah JBPM Sabah, Zainal Madasin berkata ia membabitkan Penampang, Sipitang, Tenom, Beaufort dan beberapa daerah lagi di negeri ini.

AdvertisementSehubungan itu, beliau berkata JBPM Sabah bersiap siaga untuk menghadapi gelombang Monsun Timur Laut (MTL) 2.0 bersama rakan strategik.

Katanya, ini bagi memastikan keselamatan awam sentiasa terjaga jika berlaku banjir.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Kita sudah bersiap siaga dan kita mempunyai tenaga dan logistik sedia ada untuk menangani banjir bagi gelombang kedua ini kerana kita juga ada Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dan Pasukan Bomba Bantuan (PBB),” katanya ketika ditemui sempena lawatan kerja di Balai Bomba Dan Penyelamat Keningau, pada Rabu.

Beliau berkata, kesiapsiagaan dibuat kerana hujan dan angin ribut berterusan di pantai timur Semenanjung dan juga di Sabah ketika ini.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Dalam perkembangan lain, Zainal turut mengingatkan orang awam agar sentiasa mengutamakan keselamatan dan tidak lalai bagi mengelak sebarang kejadian seperti kebakaran, khususnya semasa sambutan Tahun Baharu Cina akan datang.

“Pastikan rumah dalam keadaan selamat, termasuk peralatan elektrik, dan dapur gas ditutup selepas digunakan,” jelasnya.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Hadir sama Ketua Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat Keningau Yuszaimi Hairrul Azwan Juatan dan pegawai kanan JPBM Sabah.