Bomba Selamatkan Lelaki Tersangkut Di Tiang MRT, Mujur Tak Mati

LocalPolitics
11 Sep 2025 • 5:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Seorang lelaki bernasib baik kerana diselamatkan pasukan penyelamat selepas dia didapati terperangkap di tiang landasan tren aliran massa (MRT)di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGOKL) berkata, pihaknya menjalankan kerja penyelamatan dengan bantuan jentera Aerial Ladder Platform (ALP) bagi menurunkan mangsa dengan selamat.

"Mangsa seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun berjaya diturunkan dan diserah kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

"Menurut polis, individu berkenaan disyaki terbabit dalam kegiatan jenayah mencuri kabel," katanya.