Bomba tangkap harimau kumbang di halaman rumah

1 Oct 2022 • 7:22 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor berjaya menangkap seekor harimau kumbang di pekarangan sebuah rumah di Taman Pelangi Semenyih, Selangor semalam.

Pengarah JBPM Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 3.32 petang dan memasang jaring khas untuk menangkap haiwan itu.

“Anggota Jabatan Perhilitan telah menembak ubat pelali pada harimau itu sebelum dimasukkan ke dalam sangkar khas,” katanya dalam kenyataan malam semalam.

Norazam berkata operasi tersebut tamat kira-kira 7.10 malam dan harimau kumbang itu diserahkan kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan lanjut.-Bernama