Bomba tangkap ular sawa 70kg

15 Jul 2023 • 3:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota bomba berjaya menangkap seekor ular sawa seberat 70kg di Kampung Sungai Limau,Trong, Taiping. - Foto: Ihsan Bomba Perak

image is not available
Ular sawa seberat 70kg yang berjaya kemudiannya dilepaskan ke habitat asal. - Foto: Ihsan Bomba Perak

TAIPING - Pasukan bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menjinakkan seekor ular sawa yang dijumpai dalam parit di Kampung Sungai Limau, Trong di sini pada Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Trong, Mohd Shahidan Hassan berkata, maklumat kehadiran reptilia seberat 70 kilogram itu diterima daripada penduduk sekitar jam 12.09 tengah hari.

"Anggota yang tiba di lokasi segera menangkap ular sawa sepanjang 6 meter dengan menggunakan peralatan khas penjerut ular.

“Ketika proses menangkap, reptilia itu agak agresif namun berjaya dikawal. Anggota mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menangkap ular tersebut," katanya.

Menurut beliau, haiwan itu kemudiannya dilepaskan ke habitat asal selepas menerima nasihat daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak.

View Original Article