Bomba terbangkan pesakit strok dari Pulau Tioman ke HTAA

LocalHealth & Fitness
11 Aug 2026 • 12:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Bomba terbangkan pesakit strok dari Pulau Tioman ke HTAA
Pesakit bersama tiga kakitangan Klinik Kesihatan Tekek dan seorang pengiring diterbangkan dari Pulau Tioman untuk menerima rawatan di HTAA, Kuantan. Foto: FB Bahagian Udara JBPM

KUANTAN- Seorang pesakit lelaki disyaki mengalami strok diterbangkan dari Klinik Kesihatan Tekek, Pulau Tioman ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini untuk menerima rawatan lanjut pada Isnin.

Penerbangan pemindahan perubatan (Medevac) pesakit berusia 56 tahun itu menggunakan pesawat AgustaWestland AW139 (9M-BOC) Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Bahagian Udara JBPM memaklumkan, pesakit terbabit yang dirawat di Klinik Kesihatan Tekek Tioman dengan diagnos strok perlu dirujuk segera ke HTAA untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, pesawat berlepas dari Pangkalan Udara Wilayah Utara (PUWU) jam 7.30 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Pulau Tioman jam 10.30 pagi.

"Pesakit bersama tiga kakitangan Klinik Kesihatan Tekek dan seorang pengiring diterbangkan jam 11.55 pagi sebelum tiba di Kuantan sejam kemudian.

"Pesakit seterusnya dibawa ke HTAA menaiki ambulans," ujarnya melalui hantaran di Faeebook.

Ujarnya, misi dengan jam penerbangan 6.5 jam itu disempurnakan dengan selamat dan ditamatkan jam 4 petang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved