Bomba Terpaksa Berpadu Tenaga, Tangkap Ular Sawa Gergasi Kekenyangan Baham Kambing

LocalEntertainment
28 Sep 2022 • 4:29 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Bomba Terpaksa Berpadu Tenaga, Tangkap Ular Sawa Gergasi Kekenyangan Baham Kambing

Seekor ular sawa yang dilapor menyerang dan membaham seekor kambing di Felda Inas, Kulai, Johor berjaya ditangkap oleh anggota bomba.

Dalam perkongsian video di akaun Twitter Jabatan Netizen Malaysia, dapat dilihat bahawa seramai tujuh orang anggota bomba berpadu tenaga mengangkat ular sawa besar itu keluar dari kandang kambing tersebut.

Menerusi perkongsian video yang sama dikongsi oleh Utusan TV di TikTok, ramai netizen terkejut melihat saiz ular berkenaan dan ada juga yang sempat berjenaka di ruangan komen.

Rata-rata netizen terkejut melihat saiz ular sawa itu kerana telah berjaya menelan seekor kambing yang besar.

image is not available
Kredit Utusan TV/TikTok

image is not available
Kredit Utusan TV/TikTok

image is not available
Kredit Utusan TV/TikTok

Sumber: Utusan TV