Bomoh didakwa cabul pesakit

5 Sep 2023 • 2:32 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tertuduh (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu atas dakwaan mencabul seorang wanita pada Jun lalu.

KUALA TERENGGANU - Seorang bomoh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas dakwaan mencabul kehormatan seorang wanita dalam kejadian pada 26 Jun lalu.

Tertuduh, Zainal Che Omar, 62, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmod.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencabul mangsa yang berusia 31 tahun ketika memberi rawatan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 8 malam di sebuah kuarters kerajaan di daerah Kuala Nerus.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,500 oleh seorang penjamin dan menetapkan 5 Oktober depan bagi sebutan semula kes berkenaan.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aisyah Mohamad sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved