Bonda saudara Sultan Kelantan mangkat, Festival Senjata Warisan ditutup hari ini

17 Aug 2026 • 3:11 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Bonda saudara Sultan Kelantan mangkat, Festival Senjata Warisan ditutup hari ini

Tengku Salwani, aunt of Sultan Muhammad V of Kelantan, passed away at 82, prompting the immediate closure of the Kelantan Heritage Weapons Festival

KOTA BHARU: Bonda saudara kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, iaitu Datuk Tengku Salwani Almarhum Sultan Yahya Petra mangkat pada 6.10 pagi tadi, pada usianya 82 tahun.

Pengesahan kemangkatan itu dibuat melalui Pejabat Sultan Kelantan dalam kenyataan di sini, hari ini.

 “Marilah kita bersama-sama mendoakan agar roh Almarhumah dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh, serta mendapat keampunan dan rahmat-Nya,” menurut kenyataan itu.

 Tengku Salwani yang diputerakan pada 26 Ogos 1944 merupakan puteri kepada Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim dan kakanda kepada Almarhum Sultan Ismail Petra. 

Sementara itu, Media Pejabat Sultan Kelantan dalam kenyataan memaklumkan Festival Senjata Warisan Kelantan 2026 yang berlangsung bermula semalam hingga 5 Sept ini di Istana Balai Besar, di sini ditutup hari ini susulan kemangkatan kerabat diraja Kelantan itu.

“Segala urusan dan aktiviti festival ditangguhkan serta-merta. Kerjasama dan perhatian semua pihak berhubung perkara ini amatlah dihargai,” menurut kenyataan itu.

Festival yang menampilkan pelbagai senjata tradisional, pitis dan khazanah warisan Kelantan yang sarat dengan nilai sejarah, seni serta budaya itu berlangsung dari 9 pagi hingga 10 malam dan kemasukan adalah percuma.

Antara tarikan utama ialah pameran khas Mahkota Kesultanan Kelantan yang dipaparkan kepada pengunjung buat julung-julung kalinya, selain pelbagai aktiviti seperti demonstrasi menenun songket, menghasilkan kain kelingkam, persembahan tradisional dan bengkel Busana Melayu Kelantan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved