Bonda Sultan Mizan mangkat

3 Aug 2023 • 2:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Majlis tahlil akan diadakan selama lima malam berturut-turut di Balai Islam, Istana Syarqiyyah mulai malam Khamis. - Foto: Bernama

KUALA TERENGGANU - Bonda Sultan Terengganu, Tengku Besar Terengganu Fatimah @ Sharifah Nong Alsagoff Abdillah mangkat di Kuala Lumpur pada jam 3.17 pagi Khamis.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Mohd Sophian Abu Bakar dalam satu kenyataan berkata, jenazah Allahyarham dibawa dari Kuala Lumpur ke Terengganu dengan menggunakan pesawat khas pada tengah hari.

Beliau berkata, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Istana Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu untuk penghormatan terakhir dan urusan pengebumian.

Jenazah Allahyarham akan dimakamkan di Makam Diraja Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang sekitar jam 4 petang.

Menurut Mohd Sophian, Tuanku Mizan Zainal Abidin memperkenankan tempoh berkabung selama lima hari bermula Khamis.

"Majlis tahlil akan diadakan selama lima malam berturut-turut di Balai Islam, Istana Syarqiyyah mulai malam ini," katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved