Bonda Tengku Permaisuri Selangor Meninggal Dunia

28 Sep 2025 • 11:27 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Bonda Tengku Permaisuri Selangor Meninggal Dunia

Bonda kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, iaitu Hajah Esah Tahar, telah kembali ke Rahmatullah pada jam 5.15 pagi Ahad di sebuah hospital di Damansara.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 82 tahun akibat sakit tua.

Menurut kenyataan rasmi Selangor Royal Office, jenazah Allahyarham akan disemadikan di Makam Diraja Shah Alam selepas solat Zohor hari ini.

Berita pemergian ini turut mengundang rasa dukacita dalam kalangan rakyat Selangor. Ramai yang membanjiri media sosial dengan ucapan takziah serta doa agar Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Sumber: Astro Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved