Bongkah batu jatuh dari lereng bukit, pengguna jalan diminta berhati-hati

11 Aug 2025 • 6:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sebuah bongkah batu besar terjatuh dari lereng bukit ke atas jalan raya di Kilometer 1.0, Jalan Tun Sardon dari arah Balik Pulau menuju ke Paya Terubong pada pagi Isnin.

image is not available
Kejadian tersebut tidak melibatkan kemalangan jiwa.

GEORGE TOWN - Sebuah bongkah batu bersaiz kira-kira 1.22 meter x 0.91 meter dilaporkan terjatuh dari lereng bukit ke atas jalan raya di Kilometer 1.0, Jalan Tun Sardon dari arah Balik Pulau menuju ke Paya Terubong pada pagi Isnin.

Kejadian kira-kira jam 11.20 pagi itu dimaklumkan orang awam kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Barat Daya sebelum kontraktor bertindak mengalihkan batu berkenaan.

Menurut Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital, Zairil Khir Johari, kerja-kerja mitigasi awalan telah dijalankan dan laluan berkenaan kini dibuka semula kepada semua kenderaan.

**media[3234272]**

“Kontraktor JKR, Pintas Utama Sdn Bhd bersama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Geotech berada di lokasi untuk menjalankan siasatan penuh.

"Tiada kejadian tidak diingini berlaku termasuk melibatkan nyawa pengguna jalan raya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati ketika melalui kawasan tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved