BONIA Lancar Kedai Konsep Di Pavilion KL, Raikan Gaya Kontemporari Bersama Joong Archen

LocalMen's Fashion
8 Feb 2026 • 10:47 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

BONIA memperkenalkan kedai konsep terbaharunya di Pavilion Kuala Lumpur menerusi sebuah acara penuh gaya yang menyatukan fesyen, seni kraf dan budaya kontemporari. 

image is not available

Acara istimewa yang berlangsung pada 30 Januari lalu dimeriahkan dengan kehadiran pelakon dan model terkenal dari Thailand, Joong Archen, sekali gus mencuri perhatian peminat, pihak media serta penggiat industri fesyen tempatan.

Kehadiran Joong Archen bukan sekadar simbol selebriti, tetapi mencerminkan DNA BONIA itu sendiri; maskuliniti moden yang tenang, keyakinan, serta gaya yang semula jadi. 

Sebagai Brand Muse BONIA, Joong membawa interpretasi baharu terhadap falsafah jenama yang menitikberatkan ketelitian rekaan dan seni kraf berkualiti tinggi.

image is not available

Sepanjang acara, Joong dilihat meluangkan masa menyantuni tetamu, meninjau ruang butik dan menyelami naratif rekaan kedai konsep yang direka sebagai pengalaman imersif, bukan sekadar ruang membeli-belah. 

Suasana butik dipenuhi tenaga positif apabila tetamu berinteraksi, berkongsi detik istimewa dan menikmati aktiviti yang disediakan, menjadikan pelancaran ini satu perayaan gaya hidup yang menyeluruh.

Pengalaman Eksklusif Buat Pengunjung

Sebagai sebahagian daripada pelancaran ini, BONIA turut memperkenalkan beberapa aktiviti interaktif yang terbuka kepada orang ramai. 

Antaranya ialah Find the JONO, sebuah instalasi seni kertas berlapis 3D yang menampilkan beg ikonik JONO tersembunyi untuk dicari, dikira dan dikongsi di media sosial.

Pengunjung juga berpeluang bergambar di Photo with the Digital Muse, sebuah photobooth interaktif yang membolehkan tetamu merakam swafoto digital bersama Joong Archen dalam format kreatif dan boleh dikongsi. 

image is not available

Bagi mereka yang gemarkan cabaran, Quest of the Muse menawarkan permainan susun-suai gambar berinspirasikan kempen Spring/Summer 2026, dengan hadiah pin enamel edisi khas untuk peserta terpantas.

Tidak ketinggalan, The Muse’s Personal Atelier menyediakan perkhidmatan hot stamping percuma tandatangan Brand Muse pada produk terpilih BONIA, menjadikan setiap item sebuah koleksi peribadi yang bermakna. 

Pengalaman ini dilengkapkan dengan The Art of the Ribbon, aktiviti simbolik yang menutup perjalanan pengunjung dengan sentuhan emosi dan kenangan.

Satu Penanda Aras Baharu Buat BONIA

Acara ini bukan sahaja meraikan kehadiran Joong Archen sebagai wajah jenama, malah menandakan satu fasa penting dalam evolusi BONIA sebagai jenama mewah moden di tengah kota Kuala Lumpur. 

image is not available

Diasaskan pada tahun 1974, BONIA terus berpegang pada inspirasi Eropah, khususnya Itali dengan fokus kepada barangan kulit mewah yang merangkumi beg, aksesori, kasut, jam tangan, cermin mata dan produk gaya hidup. 

Dengan kehadiran butik di beberapa pasaran utama Asia, BONIA kekal relevan sebagai jenama yang mengimbangi tradisi, inovasi dan gaya kontemporari. - Getaran, 8 Februari 2026

View Original Article