Bonnie Bunyau Buat Kejutan Lagi, Kali Ini Pecah Rekod Sukan Para Asia 2023

25 Oct 2023 • 3:04 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Beliau menyumbang pingat emas kelima buat negara

Bonnie Bunyau Buat Kejutan Lagi, Kali Ini Pecah Rekod Sukan Para Asia 2023. Bonnie Bunyau Gustin, atlet para sukan angkat berat tidak pernah mengecewakan apabila sekali lagi meraih pingat emas, sekaligus memecahkan rekod Sukan Para Asia Hangzhou 2023.

Beliau yang bertanding dalam kategori lelaki 72 kg tersebut telah berjaya memadamkan rekod yang dipegang oleh atlet dari Iran, Roohallah Rostami yang sebelum ini mencatatkan angkatan seberat 229 kg kepada 230 kg.

image is not available
Bonnie Bunyau Buat Kejutan Lagi, Kali Ini Pecah Rekod Sukan Para Asia 2023. Sumber: FB Majlis Sukan Negara

Rekod tersebut bukan sahaja membolehkan Bonnie meraih pingat emas kelima negara, bahkan juga telah mencipta rekod baru temasya tersebut.

Pingat emas adalah dedikasi untuk abangnya

Menurut laporan, Bonnie yang kini berusia 24 tahun mendedikasikan pingat tersebut buat abangnya, Bryan Junency Gustin yang turut sama menyertai acara angkat berat dalam temasya yang sama bersama-samanya.

Ujar Bonnie, kehadiran Bryan yang menjadi wakil negara dalam kategori 80 kg menjadi pencetus semangatnya untuk membutirkan sebuah pingat emas selain mahu lagu kebangsaan, Negaraku berkumandang di Gimnasium Xiaoshan. Untuk rekod, ini merupakan penampilan kedua badang kerdil Serian ini di pentas Sukan Asia.

Dalam acara yang sama, pingat perak dimenangi oleh wakil tuan rumah, Hu Peng dengan angkatan seberat 208kg manakala pingat gangsa diraih wakil Uzbekistan, Jamilov Bekzod dengan angkatan 204kg.

Tahniah diucapkan buat anak jati Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin!

Baca lebih lanjut biodata Bonnie, atlet emas Sarawak dalam sukan para:

https://www.iloveborneo.my/dinobat-antara-atlet-para-terbaik-dunia-ketahui-biodata-badang-sarawak-bonnie-bunyau/

https://www.iloveborneo.my/rangkul-pingat-emas-angkatan-badang-sarawak-bonnie-bunyau-lagi-sekali-pecah-rekod-dunia-di-dubai/