Bonnie Bunyau Dinobatkan Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023

15 Jun 2024 • 12:06 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Bonnie Bunyau terima anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023

Bonnie Bunyau Dinobatkan Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023. Dilaporkan, Anugerah Sukan Negara (ASN) 2023 yang baru sahaja berlangsung pada Khamis malam lepas telah menyaksikan jaguh angkat berat negara, Bonnie Bunyau Gustin tampil menerima anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023.

Bonnie yang berusia 25 tahun itu berjaya menjangkaui kehebatan atlet para lain dan dipilih menjadi Olahragawan Kebangsaan setelah memenangi pingat emas di Kejohanan Angkat Berat Para Dunia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Ogos tahun lalu.

image is not available
Bonnie Bunyau Dinobatkan Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023. Kredit foto: Majlis Sukan Negara

Berjaya membuat rekod baharu dunia

Atlet kelahiran Sarawak berkenaan juga telah berjaya membuat rekod baharu dunia, dengan angkatan berat 231 kilogram (kg) selain memecahkan rekod temasya Para Asia, seberat 230kg.

Bonnie juga pernah diangkat sebagai atlet para terbaik dunia tahun 2021 setelah memenangi emas acara powerlifting di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, sekali gus disenaraikan dalam atlet para lelaki terbaik 2021 oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC).

image is not available
Kredit foto: Malaysia Kini

Kejayaan Bonnie ini juga berjaya menjadi pemangkin buat atlet-atlet lain untuk menunjukkan pencapaian terbaik mereka pada tahun ini.

Pada tahun ini pula, Bonnie akan mewakili Malaysia di Sukan Paralimpik di Paris dari 28 Ogos hingga 8 September.

Ketahui lebih lanjut lagi mengenai Bonnie Bunyau di sini: