Bonus Akhir Tahun BSN: Peluang Menang Kereta Proton eMAS PHEV 7 & Bonus Setahun Khas Untuk Cikgu!

Business & FinancePersonal Finance
28 Oct 2026 • 11:45 AM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Anda pernah rasa penat untuk urus kewangan bulanan anda? Mana tidaknya, setiap bulan bila tiba hari gaji perkara utama yang perlu diuruskan adalah pelbagai komitmen bank. Kadangkala, jumlah bayaran pun kita boleh keliru kerana terlalu banyak yang perlu diuruskan, apatah lagi bila memikul tanggungjawab lain yang membelenggu dibenak fikiran kita.

Tetapi jangan risau, sebenarnya ada cara yang lebih santai dan strategik untuk urus semua ini. Melalui pembiayaan peribadi Bank Simpanan Nasional (BSN), anda boleh semak semula dan rancang komitmen sedia ada, fahami keperluan kewangan anda, dan manfaatkan peluang untuk menguruskan wang perbelanjaan bulanan dengan lebih tenang. 

Menjelang hujung tahun 2026 ini juga, BSN akan menawarkan lebih banyak hadiah menarik untuk dimenangi! 

Kenapa BSN Pilihan Yang Tepat?

Sebagai institusi kewangan yang dekat di hati rakyat, BSN terus komited membantu rakyat Malaysia menguruskan kewangan dengan lebih baik. BSN kini menawarkan pelbagai solusi pembiayaan peribadi yang direka khas mengikut segmen pelanggan yang berbeza. Antara kelebihan pembiayaan peribadi BSN termasuklah: 

• Kaedah Bayaran Mudah: Pembayaran ansuran boleh dilakukan melalui potongan gaji atau arahan tetap (standing instruction), tertakluk kepada terma produk. 

• Banyak Pilihan : Terdapat pelbagai pilihan pembiayaan dengan kadar khusus untuk setiap kategori pemohon seperti penjawat awam, golongan professional, dan banyak lagi.  

• Permohonan Mudah: Permohonan ditawarkan melalui permohonan atas talian bsn.com.my. 

• Kadar yang kompetitif: Kadar yang ditawarkan bagi Pembiayaan Peribadi BSN adalah serendah 4.94% dengan pembiayaan maksimum sebanyak RM400,000.

Bonus Setahun, Khas Untuk Cikgu!

BSN mengiktiraf pengorbanan guru dalam mendidik anak bangsa serta peranan penting mereka dalam memupuk pengurusan kewangan yang baik. Sebagai tanda penghargaan atas jasa para guru, BSN memperkenalkan kempen “Bonus Setahun Untuk Cikgu” khas untuk guru di bawah Skim Kakitangan Awam Persekutuan (SKAP). Melalui kempen Pembiayaan Peribadi BSN yang berlangsung daripada 1 Oktober 2026 sehingga 31 Disember 2026, lima pemenang bertuah berpeluang menerima bonus RM2,500 sebulan selama setahun.

Selain hadiah utama, kempen ini turut menawarkan hadiah bulanan menarik seperti baucar barang kemas, baucar pelancongan, serta gajet pintar. Apa yang lebih menarik, 100 pemohon terawal setiap bulan yang memenuhi syarat kelayakan juga akan menerima kad petrol bernilai RM100. Justeru, jangan lepaskan peluang untuk menghantar permohonan Pembiayaan Peribadi anda seawal mungkin!

Image from: Bonus Akhir Tahun BSN: Peluang Menang Kereta Proton eMAS PHEV 7 & Bonus Setahun Khas Untuk Cikgu!

Peluang Untuk Semua, Menang Hadiah Kereta Proton e-MAS 7 PHEV!

Bagi membantu orang ramai mengurus komitmen kewangan dengan lebih teratur, BSN turut menawarkan hadiah utama berupa sebuah kereta Proton e-MAS 7 menerusi Kempen Pembiayaan Peribadi, ‘Bonus Hujung Tahun’. Kempen ini terbuka kepada semua pelanggan yang layak, daripada sektor awam, swasta, mahupun golongan profesional. Ini merupakan peluang keemasan bagi pemohon yang ingin membuat penyatuan pembiayaan demi pengurusan kredit yang lebih baik serta mengurangkan komitmen bayaran bulanan.

Kempen ini turut menawarkan hadiah bulanan bernilai lebih RM50,000 sepanjang tempoh kempen. Untuk menyertai kempen Pembiayaan Peribadi BSN ini, layari laman web rasmi BSN, bsn.com.my atau kunjungi cawangan BSN terdekat.  

Image from: Bonus Akhir Tahun BSN: Peluang Menang Kereta Proton eMAS PHEV 7 & Bonus Setahun Khas Untuk Cikgu!

Jom Susun Semula Kewangan Dengan Langkah Lebih Bijak!

Jika anda sedang mencari solusi mudah untuk menyusun semula komitmen kewangan, mengurangkan beban hutang, atau merancang perbelanjaan masa depan, inilah masanya untuk mengambil langkah yang bijak. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved